PERKARA-PERKARA GHAIB
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Penghukum lagi Maha
Pengazab
Setiap yang berjiwa, yang bernyawa dan yang hidup pasti mati. Begitu juga terhadap
diri manusia itu semuanya akan mati. Hanya Tuhan sahaja yang hidup tanpa
mati-mati, Tuhan itu adalah hidup kekal selama-lamanya.
Hidupnya tanpa berawal dan berakhir. Kehidupan Tuhan itu tidak ada permulaannya dan
tidak ada kesudahannya. Ia tidak bergantung pada sesuatu atau tertakluk pada
sesiapa atau memerlukan sesuatu. Tuhan itu bukan dicipta atau dijadikan oleh sesuatu.
Dialah yang mencipta dan menjadikan segala sesuatu dan seluruh alam serta isi
kandungannya. Diri manusia itu adalah tertakluk di bawah perintah dan hukum serta
kehendak dan peraturan serta keputusan Tuhan. Tiada seorang pun yang terkecuali
daripada kehendak dan keputusan Tuhan tersebut.
Keputusan Tuhan itu adalah pasti dan tetap tidak berubah-ubah. Tiada siapa yang mampu
menghalang atau menyekat dan mengubah atau membatalkan keputusan Tuhan tersebut terhadap
diri seseorang itu. Kitab suci Al Quran dan ayat-ayatnya itu adalah perbendaharaan
Tuhan. Segala perintah dan hukum serta peraturan undang-undang-Nya adalah lengkap
dan sempurna, rapi lagi terperinci di dalamnya. Kedudukannya adalah suci, mulia,
tinggi lagi terpuji, perkasa lagi bijaksana, perintahnya adalah tepat, benar, lurus,
adil, baik lagi amat kuat. Dialah Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu. Maka
setiap diri manusia yang telah mati itu akan dibangkitkan kembali, hidup semula bagi
kali kedua di akhirat iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya, yang tidak mati-mati
lagi sampai bila-bila samada kehidupan di dalam syurga yang penuh kenikmatan itu atau
kehidupan di dalam azab seksa neraka yang penuh kesengsaraan dan kesakitan itu. Ia
adalah bergantung pada amal dan usaha yang telah dilakukannya ketika hidup di
dunia ini oleh diri manusia itu masing-masing. Begitulah keputusan dan ketetapan
Tuhan itu terhadap diri manusia tersebut.
Itulah dia hari pembalasan, setiap diri tidak akan dapat lari pada hari tersebut.
Mereka akan dikembalikan kepada yang menciptakan-Nya pada kali pertama iaitu Tuhan. Jika
Tuhan itu mampu menghidupkan manusia itu pada kali pertama, pasti ia mampu
menghidupkannya pada kali kedua itu pula. Dialah Tuhan yang menjadikan siang dan
malam, hidup dan mati silih berganti. Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. Walaupun manusia itu tidak sampai pengetahuan dan akal fikirannya
tentang perkara tersebut, akan tetapi Tuhan itu mampu menjadikannya atau melakukannya.
Begitu juga terhadap Rasul-rasul yang diutus Tuhan selepas wafatnya Nabi Muhammad
tersebut, tetapi kebanyakan manusia itu tidak mahu memerhati dan memikirkannya perkara
tersebut serta tidak mahu mempergunakan akal, maka oleh sebab itulah kebanyakan manusia
itu tidak faham di atas perkara-perkara tersebut dan kebanyakan dari mereka itu adalah
sesat.
Walaupun manusia itu begitu hebat kuasa atau kekayaan dan harta yang dimilikinya di
dunia ini, akan tetapi ia tidak akan mampu bertahan lama, pasti ia akan mati pada suatu
hari nanti. Segala yang dimilikinya itu akan lenyap dengan sekelip mata sahaja
dari sisinya. Walaupun mereka mampu mengadakan pakar-pakar perubatan dan peralatan yang
canggih-canggih serta ubat yang baik-baik dan mahal-mahal, semuanya itu tidak mampu
menolong dan menyelamatkan diri mereka itu daripada mati. Apa sahaja yang
disayanginya atau yang dicintainya itu atau yang diutamakannya di dalam kehidupannya di
dunia ini selain dari Allah dan Rasul-Nya itu, tidak boleh menolong dan menyelamatkan
diri mereka daripada azab seksa neraka yang kekal itu. Pada saat ajal dan kematian itu
datang kepada diri mereka, maka ketika itulah hari yang amat berat lagi amat menyulitkan
pada setiap diri itu.
Itulah dia hari mereka, orang-orang yang kafir itu menemui azab yang telah dijanjikan
Tuhan kepada mereka. Maka bermulalah azab seksaan Tuhan itu berlaku terhadap diri
mereka masing-masing, maka Tuhan akan berkata-kata terhadap orang-orang yang kafir itu iaitu
inilah dia azab yang selalu kamu dustakan, ketika hidup di dunia dahulu. Bukankah
azab itu benar, maka mereka ketika itu akan menjawab benar, maka rasakanlah oleh kamu
semua disebabkan perbuatan kamu di dunia dahulu. Apakah alasan manusia itu nanti ketika di hadapan
Tuhan tersebut iaitu ketika Tuhan bertanya kepada mereka, maka bagaimanakah keadaan kamu
ketika Rasulku membacakan ayat-ayat-Ku kepada kamu semua?
Maka setiap diri akan menyaksikan amalnya masing-masing. Adakah mereka akan
memberi alasan kepada Tuhan itu nanti, bahawasanya Nabi Muhammad tidak ada membacakan
ayat-ayat Tuhan itu kepada mereka atau mereka tidak diutuskan Tuhan seorang Rasul dari
kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Tuhan di dalam bahasa mereka sendiri,
supaya Rasul itu dapat menjelaskan ayat-ayat Tuhan itu dengan terang kepada mereka.
Apakah alasan manusia itu nanti ketika malaikat membawa mereka ke pintu-pintu neraka dan
apabila dibuka pintu-pintu neraka itu oleh penjaga-penjaganya, maka mereka akan ditanya
oleh penjaga-penjaga neraka tersebut iaitu tidak adakah datang seorang Rasul dari
kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Tuhan kepada kamu semua serta
menceritakannya kepada kamu semua tentang hari ini?
Maka adakah mereka akan memberi alasan kepada malaikat-malaikat penjaga neraka itu,
bahawasanya Nabi Muhammad itu tidak ada membacakan ayat-ayat Tuhan itu kepada mereka dan
tidak ada menceritakan kepada mereka tentang hari tersebut atau tidak ada diutuskan
kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat
Tuhan itu kepada mereka. Ketika itu gelap semua alasan bagi mereka, hanya mereka
berkata benar telah datang, akan tetapi telah tetap azab Tuhan terhadap diri mereka itu
semuanya. Maka mereka akan dilemparkan oleh penjaga-penjaga neraka itu ke dalam
azab api neraka itu selama-lamanya. Mereka ditutup rapat di dalam azab seksa itu
sampai bila-bila dan tidak akan keluar lagi dari azab neraka itu selama-lamanya.
Para-para Nabi dan para-para Rasul dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu
diwafatkan Tuhan dengan malaikatnya, dengan cara yang baik dan lemah lembut, kemudian
mereka diangkat ke langit untuk menemui Tuhan itu iaitu kembali kepadanya. Mereka
akan disambut dengan salam selamat sejahtera selaku tetamu Allah yang Maha Agong.
Mereka dilayan dengan penuh kemuliaan dan penghormatan daripada Tuhan itu. Mereka akan
dimasukkan ke dalam jemaah hamba-hambanya yang soleh iaitu para-para Nabi, Rasul, Syuhada,
Sodiqin dan orang-orang mukmin iaitu di Baitul Makmur, kemudian mereka itu akan
dimasukkan oleh Tuhan itu ke dalam syurga yang penuh kenikmatan hidup sebagai hidangan
daripada Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Mereka mendapati apa sahaja yang mereka ingini dan kehendaki di dalamnya serta tidak
terlarang bagi mereka mengambilnya. Mereka tinggal di dalam syurga itu kekal
selama-lamanya dan mereka pun tidak ingin keluar daripada syurga tersebut. Mereka
tidak merasa khuatir dan bersedih hati di dalamnya. Kehidupan di dalam syurga itu adalah
tenang, tenteram, aman, damai, makmur, selamat sejahtera, bergembira dan bersuka ria
sentiasa. Keadaannya tidak terlampau panas dan tidak terlampau sejuk iaitu redup
lagi nyaman. Segala keindahan dan kecantikan di dalam syurga itu amat mengkagumkan
bagi sesiapa yang melihatnya. Begitu juga terhadap bangunan istana-istana dan takhta-takhta
serta peralatan-peralatan yang terdapat di dalamnya. Begitu juga terhadap
pelayan-pelayan muda dan wanita-wanita yang cantik-cantik serta bidadari-bidadari yang
menjadi pelayan-pelayan mereka dan isteri-isteri mereka itu di dalam syurga tersebut.
Mereka juga dihidangkan dengan makan minum yang enak-enak dan lazat-lazat, itulah dia
balasan daripada Tuhan terhadap amal ibadat yang telah dikerjakan oleh mereka-mereka itu
ketika hidup di dunia ini.
APABILA DATANG YANG HAK MAKA HILANGLAH YANG BATHIL.
Yang benar,
Kahar AJ
Utusan Tuhan