PERJANJIAN SEHIDUP SEMATI BA
Alangkah indahnya hidup ini, andainya ungkapan
yang berbunyi "perjanjian sehidup semati BA" dapat direalisasikan. Sudah pasti
bergetar lutut pihak UMNO/BN. Namun dalam kes yang paling bersejarah yang berlaku pada 8
Ogos baru-baru ini tidak begitu menampakkan adanya perjanjian sehidup semati. Biasanya
kalau sepasang kekasih sudah berjanji untuk sehidup semati, maka segala onak dan duri
bukan menjadi halangan lagi.
Demi cinta yang sejati, bukan sahaja onak dan
duri, malah lautan berapi pun sanggup direnangi. Ungkapan ini walaupun hanya sekadar
kiasan, tetapi ianya ingin menggambarkan betapa utuhnya tali percintaan, betapa kukuhnya
perjanjian ingin sehidup semati yang telah diungkapkan bersama. Bak kata pepatah cubit
paha kiri, paha kanan terasa jua. Tak sanggup melihat insan yang tersayang menderita
keseorangan.
Namun episod yang berlaku pada 8 Ogos lepas, menampakkan perjanjian
sehidup semati masih lagi samar dan kabur. Sepatutnya, pada masa inilah sepasang kekasih
yang telah berjanji untuk sehidup semati perlu membuktikan kesetiaan masing-masing.
Ianya bukan sahaja disaksikan oleh ramai rakyat Malaysia, malah turut sama disaksikan
oleh perwakilan dari negara luar. Sebab itulah ramai yang masih meragui akan perjanjian
sehidup semati ini.
Mengenai peranan kami usahlah Webmaster mindarakyat risaukan.
Anda mempunyai peranan yang jelas dalam menyampaikan berita-berita kepada seluruh rakyat
Malaysia tak kira jua di mana berada. Begitulah juga dengan kami. Walaupun berada jauh
dari negara, kami tetap mempunyai peranan yang sama seperti anda dalam menyampaikan
berbagai maklumat kepada rakan taulan dan saudara mara.
Cuma kami ingin memberi
pandangan kami agar pihak BA perlu bersungguh-sungguh dalam memerangi regim MAMAK ini.
Janganlah hanya bersungguh-sungguh sewaktu dekat dengan pilihanraya sahaja. Memang benar
regim MAMAK akan gusar tidak keruan seandainya perjanjian sehidup semati BA ini menjadi
kenyataan. Oleh itu buktikan kepada rakyat semua.
Wassalam.
Takashi Asano
Nota webmaster:
Terima
kasih kerana kepercayaan dan sokongan anda kepada perjuangan menegakkan keadilan dan
menentang kezaliman. MR berpendapat isu 8 Ogos perlu sedikit pembicaraan. MR akan kupas
dalam Minda Mingguan kali ini. Harap saudara dapat membacanya.