BERTINDAKLAH
SEMAMPUNYA……
Episod jijik Konspirasi memfitnah Dato' Seri Anwar
bin Ibrahim kini sudah pun disempurnakan dengan jayanya oleh seluruh pecacai pecacai
(Peguam Negara, Polis dan SB nya, UMNO, seluruh gabungan BN, dan jangan lupa kroni kroni
berkepentingan di sekeliling mereka baik Melayu mahupun bukan Melayu!) Selama
episod jijik ini, apa yang tidak di dedahkan oleh DSAI?
Ibarat tali perut yang sudah terburai di depan
mata; berbau busuk, hanyir lagi memualkan!!. Tapi, apa yang berlaku? Tidak se orang
pun di antara perasuah perasuah ini dihadapkan ke muka pengadilan. Yang pastinya
pengadu pengadunya yang kena soal siasat, atau ditangkap dan di beri amaran? Kenyataan
Akhbar demi kenyataan Akhbar di keluarkan oleh pemimpin pemimpin Barisan Alternatif
.Apakah anak Kutty dan pecacai pecacainya itu peduli? Tidak ,sama sekali tidak!! Kerana
muka tembok seperti itu sudah tidak ada rasa malu, tidak ada rasa silu dan tidak ada
rasa pilu di atas segala perbuatan mereka!
Sejak dari tarikh 8hb.Ogos 2000 itu, perasaan
kalut dan tak menentu mempengaruhi hidup saya. Geram, hiba, dendam terhadap Regim ini.
Melihat kan wajah wajah pembaca berita yang membaca berita penghukuman ke atas DSAI, dengan
muka yang ceria, membuat kan hati ini cukup cukup terusik!!!
Selepas diumumkan kes DSAI, di turuti dengan
gambar ahli ahli kumpulan Al-Ma'unah yang bergari berderet deret dibawa ke Mahkamah. Hati
ini begitu kesal di atas konspirasi kakitangan semua Media yang telah membantu
Ketua Musuh Islam di Malaysia ini menggambarkan bahawa orang orang Islam ini sangat
jahat !!! Apakah kakitangan akhbar, TV, radio yang sedang diperkudakan oleh anak Kutty
(yang entah mana mana asal usulnya) tidak ada terasa sedikit pun rasa malu, terhina dan
marah apabila saban hari mereka disuruh memaparkan keburukan demi keburukan orang
Melayu, Orang Islam?
Hari demi hari si tua anak Kutty ini apa saja yang
hendak diperkatakannya ialah menghina orang Melayu dan memperlekeh hukum Islam? Macam
mana orang orang UMNO dan Menteri menteri Melayu yang boleh sanggup mengiktiraf anak
Kutty ini sebagai Wira pembela bangsa Melayu kalau terang terang asyik memalukan orang
Melayu di seluruh negara serata dunia!!! Seseorang yang mengaku pejuang bangsa atau
Agama nya secara normal tidak akan sama sekali menghina bangsa dan Agama yang
dibelanya.!!!
Hanya orang yang mengambil kesempatan dan menyamar
sebagai sebahagian daripada bangsa dan Agama tersebut sahaja yang sanggup melakukan
sesuatu yang boleh menghiris hati bangsa tersebut dan menjatuhkan mertabat Agama
tersebut. Sejarah telah membuktikan bahawa Kamal Attartuk yang dipuja puja oleh anak
Kutty itu adalah sebenarnya keturunan bangsa Bani Israel yang di halau oleh Nabi Musa
dan di sumpah supaya hidup melarat tak bernegara!! Kamal Attartuk inilah hasil daripada
keturunan Bani Israel yang diusir itu dan berjaya menyamar sebagai orang Islam dan
memerintah Turki. Tetapi di dalam kehidupan seharian secara peribadinya dia adalah
penganut Yahudi. Sebab itulah dia sanggup menghapuskan Islam di bumi Turki!!!F ikirkan
lah!!!
Apa yang Kamal Attartuk buat di Turki sudah ¾
dilaksanakan di negara kita ini!!! Fahamilah dengan bijak apakah sebenarnya agenda anak
Kutty ini! Terus terang saya dapat rasa kan bahawa dia ada satu perasaan benci yang amat
sangat terhadap orang Melayu yang mengamalkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
saw!!! Hanya orang orang yang dapat membaca apa yang tersirat di sebalik tindak
tanduknya selama memerintah negara ini dapat memahami apa sebenarnya agenda beliau!!. Keberanian
dan kelantangan beliau memperlekeh lekehkan hukum Islam ini seolah olah ada suatu kuasa
yang di belakangnya yang "backing" dia dan memerhatikan supaya dia dapat
meneruskan agenda nya dengan berjayanya!!
Orang orang Islam yang ingin menghidupkan
Islam mengikut perintah Nabi Muhammad SAW yang berdasarkan Al'Quran dan Hadis di dalam
negara ini adalah di dalam keadaan bahaya. Musuh kita bukan sahaja orang orang kafir. Musuh
kita juga adalah orang orang yang mengaku Islam tetapi Islam yang mengikut kesesuaian mereka. Islam
tebuk sana tebuk sini iaitu lah yang dikatakan fahaman Sekular. Fahaman sekular ini
bukan merupakan satu cabang Agama tetapi merupakan ajaran sesat semata mata. Ajaran
sesat yang di pelopori oleh anak Kutty ini telah menjadi "Way Of Life" bagi
sebahagian orang orang kita yang nampak zahirnya Islam.
Sudah berpuluh tahun mereka menyuntik jarum
sekular dalam diri kita dari zaman datuk / nenek kita. Dari hari ke sehari makin nampak
bahawa pertembungan antara penganut sekular dengan penganut Islam yang sebenarnya tidak
dapat dielakkan. Berjaga jagalah wahai sekelian muslimin/muslimat terhadap bahaya
pengaruh fahaman sekular yang dipelopori oleh anak Kutty :MUSUH ISLAM NO.1 DI MALAYSIA
INI!!! Dia dan pecacainya menggunakan seluruh media yang ada bagi memaksa kita, anak
anak kita, saudara mara kita ,kawan kawan kita ,jiran tetangga kita ,adik beradik kita
supaya berfahaman seperti mereka.
Setakat ini pengikut mereka pun sudah cukup ramai
yang hidup bercampur gaul bersama kita. Mereka ini adalah dari kalangan kita juga. Mereka
bersongkok, mereka bersembahyang, mereka pak/mak haji/hajjah, mereka juga professor
dalam Pengajian Islam, tokoh tokoh korporat dan berbagai bagai latar belakang hidup. .Di dalam
sebuah Buku berjodol "RAHSIA GERAKAN FREEMASONRY & KELAB ROTARY" oleh Muhammad
Fahim Amin beliau mendedahkan tentang adanya tangan tangan Yahudi di dalam semua
hal di serata dunia yang mana agendanya ialah untuk merosakkan Islam!!!
Secara ringkas perkara yang ingin saya
utarakan di sini ialah kaedah utama yang di gunakan oleh Yahudi ini ialah mempastikan
mereka memegang kuasa media; baik elektronik mahupun akhbar!! Lihatlah apa yang anak
Kutty ini lakukan terhadap segala bentuk media di negara ini! Diliwat habis habisan ,diputarbelitkan
habis habisan berita berita untuk kita dengar dan lihat supaya akal, fikiran dan cara
hidup kita ini diolah mengikut kehendaknya :jauh ,tersangat jauh dari yang dituntut oleh
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW!!!
Melihat kepada kebiadapannya terhadap Islam
,membuatkan kita menarik nafas panjang. tersentak dan akhir akhir ini dengan peristiwa
Sauk menambahkan kebimbangan kita. ' Oleh itu kita yang ingin menegakkan sebuah Kerajaan
Islam di negara ini wajib membantu pejuang pejuang Islam tulen yang hendakkan Islam
secara keseluruhannya mengikut apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Biarlah
penceramah penceramah PAS teruskan dengan agenda mereka memberikan kefahaman tentang
Islam yang dituntut oleh Allah swt .Kita juga berdoalah semoga semua pejuang
pejuang Keadilan juga hendakkan Keadilan yang berlandaskan Islam yang sebenarnya yang
dituntut oleh Allah swt!!!
Kalau setakat berjuang kerana geram pada si anak
Kutty tetapi tidak kerana atas alasan Islam yang sebenar maka kita khuatir perjuangan
itu akan menjadi sia sia sahaja. Tugas ini perlu kita pikul bersama. Tidak kira lah
secara terang terangan atau secara senyap senyap. Samada secara berdemonstrasi ,tunjuk perasaan, atau
pun secara kenyataan Kenyataan Akhbar. Hasrat anak Kutty yang ingin menghancurkan Islam
di Malaysia ini perlulah dihebahkan kepada sekelian muslimin muslimat yang
cinta kan Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW .
Oleh itu matlamat utama pejuang Islam wajib
mempastikan Regim Diktator ini ditumbangkan secara keseluruhannya. Kalau pun anak Kutty
ini sudah turun dari kerusi empoknya yang menggantikannya nanti iaitu di kalangan Regim
yang sama ,maka kita akan melihat tidak ada perubahan yang akan berlaku. Mereka telah
,sedang dan akan sentiasa merancang strategi supaya Regim itu tidak lumpuh kerana
akibatnya adalah amat digeruni oleh mereka. Rakyat semua perlu diingatkan bahawa
kita sekarang tidak boleh mengharapkan perlindungan atau pun apa apa dari Regim ini. Mereka
semua sekarang sedang sibuk memikirkan macamana untuk terus berkuasa dan
mempertahankan jawatan masing masing supaya tidak dibawa ke muka pengadilan. Mereka
saling bantu membantu antara satu sama lain kerana kalau satu jatuh ,terutamanya ketua
mereka tu, sudah pasti seluruh Regim itu akan diheret bersama. Itu saja yang difikirkan oleh
mereka siang malam. Sementara itu, si anak Kutty itu akan terus dengan agenda
peribadinya bersama beberapa pecacainya yang menyusun strategi bagi menghancurkan Islam
di bumi Malaysia ini!!!
Bagi saya yang agak terbatas pergerakan kerana
sebab kesihatan, saya tidak dapat menyertai demonstrasi atau pun himpunan aman yang
dianjurkan oleh pejuang pejuang yang diluar sana. Saya bertekad dan mengajak sekelian
rakyat yang ingin menegakkan sebuah Kerajaan Islam di bumi Malaysia ini dengan cadangan
berikut:
- Jangan bergantung kepada semua bentuk media
yang dikudakan oleh Regim Diktator ini. Kalau perlu tengok Berita setakat tu saja
,jangan duduk lama lama menghadap TV .Begitu juga anak anak kita baik yang kecil mau
pun yang remaja. Melalui pengalaman saya, tidak ada apa yang kita rugi jika
tak tengok TV. Fikirkanlah sejenak rancangan yang di sajikan dari pagi hingga malam
adalah berbentuk propaganda kerajaan, meracuni fikiran kita. Selepas itu, rancangan
drama Melayu, yang dah tak kenal Melayunya ,tayangan gambar Cina, Hindustan, dan
sitcom orang putih. Matlamat utama semua stesen TV ialah memberi hiburan. Apakah
kita dan keluarga kita sanggup berhiburan lagi mengenangkan saudara kita yang
terpaksa berkorban dalam penjara dan berpisah dengan keluarganya demi menegakkan
kebenaran dan mendedahkan kebusukan Regim diktator ini? Apabila kita kurang menonton
TV yang mana semuanya milik Regim diktator ini, maka mereka akan kekurangan
pendapatan dari segi iklan .Lakukan lah perkara yang semudah ini sekurang kurang nya
"sakit' juga kroni kroni mereka yang memiliki TV ini. Untungnya kita, kerana
kurang bayar bil Elektrik.
- Boikot semua majlis yang di hadiri ,atau
dianjurkan oleh Regim ini, samada perasmian Pasaraya, Ekspo, kerja kerja amal
dan apa saja yang mereka buat. Sama ada dianjurkan oleh majlis daerah atau kerajaan Tempatan. Kita
nasihat anak anak remaja kita juga supaya menjauhi segala bentuk konsert yang mereka
anjurkan atau yang mereka sponsor. Kalau terserempak dengan wakil wakil
rakyat? Mereka atau Menteri menteri mereka, jangan kita tegur sapa, jangan kita
pandang…pulaukan mereka. Kalau kita tunjuk yang kita ni masih ada sikap hormat
pada mereka ,mereka naik minyak dan syok sendiri seolah olah mereka tu masih ada penyokong. Manusia
ni mempunyai suara hati yang pada ketika berseorangan akan datang rasa tersentuh
jika dia dipinggirkan .Itu saja lah jalan yang boleh kita buat tanpa ditangkap oleh
siput babi atau apa apa Akta zalim Regim diktator ini.
- Belilah kaset kaset ceramah Barisan
Alternatif dan juga ceramah ceramah agama yang banyak terdapat diluar sana. Perdengarkan
lah kaset kaset ini kepada seluruh anggota keluarga kita supaya anak anak
remaja kita peka dengan keadaan suasana politik terkini. Ceramah ceramah Agama ini
amat penting bagi menyuburkan jiwa kita dan anak anak serta semua keluarga agar
faham apa kah Islam sebenar yang di tuntut oleh Allah swt. Untuk panduan, kaset
kaset ceramah Agama yang amat penting didengar oleh seluruh keluarga ialah kaset oleh
penceramah Ustaz Shamsuri bin Hj. Ahmad kerana isi kandungan ceramahnya yang amat
meyakinkan kerana beliau mengupas melalui kitab 'BAHRUL MAZI".Disamping itu
juga beliau dikurniai Allah dengan kelebihan iaitu boleh menyampaikan ceramahnya
dengan jelas dan mudah difahami. Sejak saya mendengar kaset pertama beliau sehingga
kini saya sentiasa menanti keluaran kaset terbarunya. Alhamdulillah anak anak remaja
saya pun suka mendengar kasetnya daripada lagu lagu bingit yang mereka biasa dengar. Kaset
terbaru Ustaz Shamsuri bertajuk: DAJJAL BATU BERCAKAP" sudah ada dipasaran. Wajib
dibeli dan dengar sekeluarga. Penceramah lain seperti Ustaz Kazim, Ustaz kamal Ashari (bagi
menaikkan semangat Jihad), ustaz Ismail kamus dan senang cakap semua ustaz yang
telah digam oleh Regim Diktator sekular ini.
- Tak perlu lagi kita menghormati PDrM,
kerana mereka semua bukan menjaga keselamatan kita. Mereka hanya menjaga kepentingan
bos bos mereka dan melindungi penyangak penyangak dan Peniaga peniaga lintah darat
saja!! Saya masih ingat sebelum Pemilu yang baru lepas, di mana kawasan kami hampir
saban malam, rumah dimasukki perompak, diugut dan dicederakan .Repot polis bertimbun
timbun, tetapi satu pun tidak dapat mereka atasi. Tak pun mereka buat sekatan jalan raya
sehebat hari menunggu keputusan terhadap DSAI. Kini, semasa Si Kutty itu hendak
menjatuhkan hukuman terhadap DSAI, subuh subuh Adam, selama dua ,tiga hari
mereka mengadakan sekatan jalan raya untuk menghalang rakyat berkumpul untuk
mendengar keputusan terhadap konspirasi fitnah terhadap DSAI yang semakin hari
semakin di sayangi dan dirindui oleh rakyat jelata yang cinta kan keadilan dan kebenaran!. Sedarlah
wahai sibaju Biru ,setiap orang yang memandang mu ,kini menyumpah seranah mu. Kalau
lah tak kerana baju biru yang kau pakai tu!!!tak tahulah apa jadi!!
- Jangan kita merayu rayu lagi pada mereka, samada
wakil rakyat atau Menteri Menteri mereka. Anggaplah kita tak perlukan mereka lagi. Buat
sementara ini, kita perlu bertahan sedikit kalau ada sebarang masalah. Jangan minta
bantuan mereka, kerana kalau kita buat begitu, bertambah ego mereka dan mereka
perasan bahawa mereka masih diperlukan lagi.!! PINGGIRKAN SELURUH REGIM INI
- Akhir sekali kita mesti sentiasa berwaspada
dan bijak mengenal pasti perancangan /taktik mereka yang suka sangat mengalih
pandangan rakyat terhadap isu pokok iaitu: menjatuhkan Regim Diktator ini. Berbagai
bagai kejadian atau insiden yang cukup nampak realistik akan diada adakan oleh
pakar penipu si anak Kutty ini bagi melambat lambatkan proses menghadapkan mereka
kemuka penghakiman Rakyat. Jika kita tersilap langkah dan 'got carried away' dengan
isu isu sampingan yang mereka reka cipta itu, bermakna kita memberi mereka masa dan
peluang untuk mengukuhkan lagi kedudukan pengganti pengganti mereka dan juga
memberi mereka peluang menjalankan kerja kerja jijik di luar pengetahuan
kita.!!
Isu panas sekarang yang sedang diperkatakan oleh
rakyat sekarang ialah tentang kes sumbang Abu Hassan Omar. Kita jangan ambil
peduli sebarang ribut taufan yang melanda Parti usang UMNO atau mana mana Parti di dalam
komponen BN itu. Kita bersyukur di atas malapetaka yang menimpa Parti tersebut ,biar
mana mana rakyat yang masih tak nampak lagi akan kejijikan Regim Diktator ini akan
membuka mata hati mereka dan turut bersama sama dengan kita.
Buat penutup kata, sebagai hamba Allah yang
sayangkan Agama Islam, kita hendaklah mengambil tahu tentang Agama yang kita anuti ini.
Selama ini tanpa disedari, kebanyakan kita ambil mudah bahawa mentang mentanglah kita
dilahirkan dari zuriat ibu bapa Islam kita sudah cukup berbangga. Tetapi adakah kita
benar benar mengenali Agama Islam itu? Apabila tidak mengenali Islam dengan sebenarnya
,maka kuranglah sensitiviti kita terhadap gerakan dan agenda musuh di keliling kita yang
sentiasa ada niat buruk terhadap Agama Islam itu sendiri.
Sekian.
ESJ
Nota webmaster:
Pandangan anda
begitu baik dan mampu direalisasikan. Inilah pendekatan sebenar yang terbaik bagi kita
rakyat menunjukkan kebencian kita kepada kezaliman pihak kerajaan. Minda Rakyat
berpendirian sudah smpai masanya kita melakukan 'boikot' terhadap majlis-majlis rasmi
atau apa yang berkaitan dengan perkara yang dibenci. Umpamanya kita sanggup memilih
jalan tidak bertol bagi membangkerapkan kronni mereka yang mengutip kekayaan melalui
tol. Begitulah seterusnya...