AIR MATA TANGISAN ANAK SANG BUAYA SELANGOR
Terpampang di akhbar-akhbar perdana (akhbar
pengampu) bahawa "saya difitnah". Tetapi semalam buat kenyataan
akhbar..."masalah kesihatan". Memang sifat pemimpin UMNO 'hipokrit' dan 'tidak
ada perasaan malu' pada orang Islam. Pak Lah Badwi jadi pembela kepada peminun arak.
Sesiapa yang minum arak, kalau pejabat ugama buat tangkapan...cepat buat 'call' kepada Pak
Lah! Anda tak perlu bayar yuran guaman. Abu Hassan Omar juga peguam bela
peminum arak! Tetapi sebagai mukmin/mukminat kita percaya dengan penuh yakin...mereka
akan ditanya tentang hukum-hakam Islam yang mereka perlekehkan! Tunggulah, pembalasan akan
tiba jua.
Abu Hassan bukanlah seorang pemimpin yang berwibawa. Telitilah ungkapan
beliau dalam akhbar. Beliu tidak sanggup berpisah dengan isteri serta keluarga beliau. Kalau
beliau benar, berjuanglah demi maruah. Jelas sudah beliau sedikit sebanyak
akur dengan tuntutan keadilan fitrah manusia. Kalau diri sendiri tak terpimpin, bagaimana
nak pimpin masyarakat. Akhbar 'The Sun' dengan jelas menyatakan bahawa perletakkan MB
Selangor adalah kerana skandal...?!?Beliau difitnah dengan perbuatan yang beliau 'secara
tidak langsung mengaku terlibat'. Beliau masih boleh bergurau senda dan ketawa riang di
samping keluarga. Lihatlah DSAI difitnah sesuatu yang beliau tidak lakukan lebih-lebih
lagi tuduhan liwat! Beliau dilayan diluar tahap kemanusiaan biasa. Beliau terpaksa
merengkok dalam penjara atas perbuatan Islam ala UMNO. Anak-anak di musuhi oleh kerajaan
zalim yang Abu Hassan dokongi. Buat UMNO, matlamat menghalalkan cara. Fitnah adalah perkara
biasa buat UMNO.
Tangisan beliau hanya 'lakonan' yang mereka perlu lakukan' seperti
ketuanya lakukan untuk memperdaya orang melayu terutama orang kampong. Selepas ini beliau
akan mendapat imbuhan yang tidak terduga oleh rakyat biasa. Rakyat Selangor dan rakyat
Malaysia amnya sedang menunggu bilakah Mahadead akan meletakkan jawatan!
Sekarang,
Dr. Zainal dan Muhammad Taib sedang berangan-angan untuk MB. Kita tunggu dan lihat, adakah
Muhammad
Taib akan diberi peluang kembali 'memperkayakan diri' sekali lagi!
Chee Cheng
(kulim)