MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

UCAPAN INI KHAS DITUJUKAN BUAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 9 TAHUN OLEH MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR ATAS TUDUHAN FITNAH LIWAT YANG MEMALUKAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA.

KAMI INGIN MENYATAKAN SIMPATI DAN TANDA SOKONGAN KEPADAMU DAN BERJANJI AKAN MEMPERJUANGKAN KEADILAN YANG KIAN REBAH DI PANGKUAN KEZALIMAN

JUSTERU ITU KAMI RAKYAT MALAYSIA BERIKRAR AKAN MENUMBANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL DAN SEKUTUNYA DALAM PILIHANRAYA UMUM NEGARA TAHUN 2004 NANTI


 
- SIMPATI -


Dato' Seri, saya berjanji membela keadilan yang kian roboh dengan memangkah BA dalam pilihan raya 2004 nanti. 

Munir
Ipoh


Dato Seri, yang terpenjara bukanlah dirimu semata. Justeru sebagai penyokong setiamu dan pencinta keadilan di negara ini saya dan keluarga berjanji akan memastikan PAS dan BA memerintah dengan mengundi BA nanti.

Sharifah, 
Kota Bharu


Hati saya hancur dengan keputusan itu. Dato' Seri bersabarlah. Hanya yang terdaya kami lakukan melalui rakaman ini kami berjanji akan mengundi BA, agar nasibmu berubah. 

Haji Yusof 
Bukit Gantang Taiping 

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia