BA BOLEHKAH MENANG PILIHAN RAYA
2004?
Assalamualaikum.....
Kerap kali
persoalan yang sama timbul di fikiran saya adakah BA boleh menang di dalam pilihanraya
2004 nanti. Ingat!!! Pilihanraya cuma 5 tahun sekali. Kalau kalah lagi, nu 2009 baru nak
berjumpa pula. Kadang-kadang rasa tak yakin sahaja. Bukannya bermakna berputus asa,
tetapi memandangkan dengan mentaliti rakyat Malaysia yang ada sekarang ni, yang lebih
mementingkan perut, harta, pangkat dan kuasa. Regim MAMAK TONGKANG dan para lembunya
mengawal segala macam jentera kerajaan. Penipuan dalam pilihanraya dah memang menjadi
mainan UMNO. Bukan permainan yang baru kan..malah semua orang dah tahu sejak dari lama
dulu lagi. Tapi apa yang team BA boleh buat. Nak mengadu kat SPR, POLIS atau mahkamah?
Rasanya buang masa sahaja. Lapuran yang dah bertapuk bertahun lamanya pun belum ada
apa-apa tindakan lagi. Kalau lah semua lapuran itu, umpama ikan, dah lama jadi pekasam
atau budu.
Memanglah kita kena yakin bahawa, segala-galanya ditentukan oleh
Allah. Kalau Allah mengkehendaki BA menang, regim MAMAK TONGKANG buat macam mana pun
tewas juga. Tapi cukupkah, dengan yakin begitu sahaja, tanpa adanya usaha lain sedikit
daripada apa yang dibuat sekarang. Semua Pemimpin BA kena lipat gandakan usaha daripada
sekarang. Janganlah asyik buat ulasan benda yang sama sahaja atau pun sekadar buat
statement, misalnya PAS bersimpati dengan nasib yang menimpa DSAI, atau Hukuman 9 tahun
penjara membuktikan kekejaman Mahathir. Rasanya semua orang dah tahu dan semua orang
bersimpati. Kalau boleh kita nak lihat tindakan yang lebih daripada itu. PAS, KEADILAN,
PRM dan DAP kena rapatkan lagi hubungan, eratkan lagi perpaduan dan buktikan bahawa
komponen BA ni memang menentang keras ketidakadilan dan kekejaman yang telah dilakukan.
Sebab sekarang ni, rakyat masih tak nampak gabungan yang mantap di antara parti-parti
BA. Kalau cuma sehaluan semasa dekat dengan pilihanraya sahaja tak jadilah, sebab nampak
macam sehaluan dalam terpaksa. Kalau boleh komponen BA ni, kena menonjol sedikit bukan
sahaja kat Malaysia, malah di seluruh dunia. Biar seluruh pelusuk dunia tahu kewujudan
dan kehebatan BA.
KALAU BOLEH NAK LIHAT BA MENANG SEMASA MAMAK TONGKANG DAN PAK
LAH JE MASIH HIDUP
Nota webmaster: Apakah anda
tidak melihat akan pendirian BA sehingga kini? Walau pun kita tahu hubungan ini
dimomokkan selalu sebagai tidak teguh dan antara PAS dan DAP sendiri seringkali
dilaga-lagakan, namun BA tetap di singgsahsana tersendiri. Tahukah saudara bagaimana ini
berlaku?
Inilah yang sewajarnya anda
sendiri dan rakyat lain lakukan. Turun ke gelanggang dan rapati rakyat sekelian. Cungkil
pendirian mereka dan teguhkan keyakinan mereka akan perjuangan BA. Apabila Lim Kit Siang
sendiri sudah menemui Nik Aziz dan Haji Hadi, Kit Siang tetap akur dengan BA kerana
beliau tahu Islam tidak menzalimi bangsanya. Malahan Islam akan membela kehidupan semua.
Nah lihatlah sendiri! UMNO/BN paling takut apabila dua parti berseteru satu masa dulu
mengikat perjanjian perkahwinan sehidup semati atas semangat keyakinan dan kepercayaan
terhadap Islam.
Bagaimana peranan anda?
|