KES PAK ABU.. JANGAN ADA DOUBLE
STANDARD!
Pak Abu dengan rasminya telah meletakkan jawatan.
Bagi kita ianya suatu kemenangan walaupun yang mendedahkannya adalah ahli UMNO sendiri
sanggup bersusah payah ke Indonesia membongkarkan skandal tersebut. Apapun motif
mereka....wallahualam. Dan bagi kita reformist semua....rasanya tugas kita sudah
selesai. Kita tunggu dah lihat apakah tindakan yang bakal di ambil oleh kerajaan UMNO
terhadap Pak Abu walaupun kita yakin bahawa tiada tindakan yang akan di ambil oleh
Mahathir pada sesiapa yang taat setia padanya.
Andainya Pak Abu tidak
bersalah....berilah peluang padanya untuk membela diri. Lagipun menurut
Islam...kita
perlu ada 4 orang saksi sebelum seseorang itu dapat disabitkan. Jika kita terus menerus
menghukum
Pak Abu....kita tidak ubah seperti orang-orang UMNO yang telah menjatuhkan hukuman pada
Anwar
sebelum dia diberi peluang untuk membela diri. Biarkan masalah orang UMNO diselesaikan
oleh orang
UMNO sendiri. Andainya kita terus memperbesarkan isu ini, nescaya pihak
UMNO akan menuding jari pada kita dengan mengatakan bahawa kita mengamalkan double
standard. Jadi mereka selesaikan masalah mereka
sendiri.
Kita ada agenda yang
lebih penting untuk di selesaikan. Perjalanan kita masih jauh dah penuh onak dan duri.
Selagi
diktator tua itu tidak tumbang dan selagi keadilan tidak tertegak di bumi
Malaysia...selagi itu
perjuangan kita belum selesai.
Ayuh kawan...kita
semarakkan lagi api reformasi.
Lawan Tetap Lawan....Lawan sampai Menang
New
Radikal
newradikal@yahoo.com