ALAHAI PAK ABU
Pak Abu dengan rasminya telah meletakkan jawatan. Bagi kita ianya suatu kemenangan
walaupun yg mendedahkannya adalah ahli UMNO sendiri sanggup bersusah payah ke Indonesia
membongkarkan skandal tersebut. Apapun motif mereka....wallahualam.
Dan bagi kita reformist semua....rasanya tugas kita sudah selesai. Kita tunggu dah lihat
apakah tindakan yg bakal di ambil oleh kerajaan UMNO terhadap Pak Abu walaupun kita
yakin bahawa tiada tindakan yg akan di ambil oleh Mahathir pada sesiapa yg taat setia
padanya. Andainya Pak Abu tidak bersalah....berilah peluang padanya untuk membela diri.
Lagipun menurut Islam...kita perlu ada 4 orang saksi sebelum seseorang itu dapat
disabitkan. Jika kita terus menerus menghukum Pak Abu....kita tidak ubah seperti
orang-orang UMNO yg telah menjatuhkan hukuman pada Anwar sebelum dia diberi peluang
untuk membela diri. Biarkan masalah orang UMNO diselesaikan oleh orang UMNO sendiri.
Andainya kita terus memperbesarkan isu ini, nescaya pihak UMNO akan menunding jari pada
kita dengan mengatakan bahawa kita mengamalkan double standard. Jadi mereka selesaikan
masalah mereka sendiri. Kita ada agenda yg lebih penting untuk di selesaikan.
Perjalanan kita masih jauh dah penuh onak dan duri. Selagi diktator tua itu tidak
tumbang dan selagi keadilan tidak tertegak di bumi Malaysia...selagi itu perjuangan kita
belum selesai. Ayuh kawan...kita semarakkan lagi api reformasi.
Lawan Tetap Lawan....Lawan sampai Menang
New Radikal
newradikal@yahoo.com