HANA...
(BUAT HANA BT. DS ANWAR)
Hana...adikku
semalam hujan dan
kau
berlari didalamnya
bersama seluruh mega..
mencari pelangi....
Hana..
jangan diharap
pada warna tujuh
semuanya hitam belaka
semuanya hilang cahaya
Hana..adikku
dalam usia
yang begitu rapuh
jiwa
dipaksa kental
dipaksa bersabung
mencari realiti
di antara
manusia dan
haiwan
harapan dan pengertian
kebenaran dan kepuraan
kasih sayang dan kebencian
Hana
segala semalam
mengajar
erti dewasa
namun....
perit dan
pilu
saling berlumba
dalam dada
kecil mu
hanya rindu pada papa
betapa..
segala semalam
luluhnya
jiwa mu
punah lebur harapan
yang
ada secebis cuma
untuk menyempurnakan hidup ini
dalam erti kemanusiaan
Hana....adikku
bahawa hidup ini
amat sukar
dimengertikan
amat sukar mencari pelangi
namun papa mu
terus memburunya
untuk
kita untuk semua
papa mu orang mulia
seorang pejuang bangsa
tiada taranya
dengan
moyang tua di putrajaya
atau...
kroninya yang maha gila
merompak
kebahagian mu
dan khazanah kita
Hana...
ketahuilah....
diri mu kini dalam
balutan doa
dakapan kasih
dan belaian cinta seluruh
hadirlah...
mekarlah...
sebagai bunga bangsa
yang tumbuh dari perdu reformasi
yang subur dari roh
jatidiri
duhai..serikandi cilik
besarlah....
agar lebih mengerti
Hana..adikku
kesat
air mata mu
kerana esok
masih ada perhitungan
itu anak asing bangla
mirza
dan maizura
ditatang sibangsat tua
jadi raja dan punya harta
ditanah milik kita
dan
kita?
dibiarnya sangsara
dihambat sebagai hamba
Hana
esok......
kita
berbicara
dengan semua kelahiran
penghianat papa mu
kita hambat mereka
giliran mereka jadi papa
giliran mereka jadi hamba
sememangnya
itu hak kita
daerah ini kita punya
esok hari kita
menunjang mandat
mencanai adat
ada ubi ada batas...
dan bila tiba masa
adakah alam akan durja?
cik siti
11/8/000