MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Malaysiakini, tolong siarkan komen ini jika anda adalah akhbar yang berwibawa

Hari ini (10 Ogos 2000) akhbar anda sekali lagi melakukan kesilapan yang amat besar dan sukar untuk dimaafkan.  Tanpa saringan yang teliti dan bertanggungjawab pihak anda sekali lagi menyiarkan satu komen yang begitu kurang matang (bodoh?) dari seorang yang bernama Darul Kisai (nota:  maaf, saya tidak memerlukan respon dari pembaca yang beragama lain).  Melalui tajuknya sahaja, iaitu Amalan Ikhlas, Bukan Peraturan Islam, sudah menggambarkan bahawa pengirim adalah salah seorang penganut ajaran Islam yang sesat, sementelah pula jika dikaji isu kandungan komennya yang begitu sinis menghina sebuah pemerintahan Islam yang kini giat berusaha melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan Allah s.w.t. kepada mereka.

Saya bersetuju jika kenyataan Radhakrishnan Muthiah (kerana keprihatinan beliau tentang agama Islam) diberi perhatian oleh semua umat Islam kerana menyedari hakikat bahawa beliau bukanlah penganut agama Islam dan kita senantiasa bersedia memaafkan kesilapan beliau lantaran keterlanjuran, kealpaan atau ketidakfahamannya.  Tetapi jika seseorang yang beragama Islam melakukan perkara yang sedemikian, tiada lain pilihan hanyalah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

Saya tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai komen beliau itu, memadai dengan mengatakan bahawa konsep niat yang dipelajari beliau adalah amat menyalahi apa yang diajar oleh Islam.  Kepada beliau dan orang-orang Islam lain yang sealiran dengan fahamannya, sukacita dimaklumkan bahawa niat dan amalan adalah umpama nyawa dan badan.  Tanpa salah satu darinya maka pincanglah sesuatu amalan.  Simpanlah prinsip asas ini di dalam minda anda.  Jika ianya masih kabur, suka saya memberi sedikit contoh untuk menjelaskan pemahaman.  Seseorang yang berniat untuk mencuri, umpamanya, masih belum dianggap mencuri jika beliau masih belum melakukannya. Begitu juga dalam contoh yang baik seperti sembahyang (solat), walaupun seseorang itu telah berniat untuk bersembahyang, namun jika terhenti sembahyangnya di pertengahan jalan, maka beliau belum lagi dianggap telah menunaikan sembahyang tersebut, malah beliau dikehendaki mengulanginya semula. Dan akhirnya, saudara Daul Kisai patut bersetuju dengan saya iaitu dengan hanya berniat untuk makan tanpa menyuap sebarang makanan ke mulut, tidak akan sama sekali menghilangkan lapar.

Satu lagi kenyataan yang amat mengelirukan yang dibuat oleh Darul Kisai adalah penafiannya tentang tanggungjawab yang sepatutnya dijalankan oleh pemerintah Islam dengan cuba menyalahkan hakikat niat yang disalahertikan olehnya.  Menyuruh orang membuat kebajikan (dalam konteks ini, amalan yang diwajibkan oleh Allah s.w.t), kita tidak wajar dan tidak sepatutnya menilai atau mempertikaikan niat mereka samada jujur atau tidak.  Begitu juga dalam urusan mencegah kemungkaran (kejahatan), kita tidak perlu menilai niat mereka samada baik atau buruk.  Yang buruk tetap menjadi buruk, walaupun pelaku mempunyai niat yang baik ketika melakukannya (seperti Robin Hood yang dikatakan mencuri harta orang-orang kaya untuk diagihkan kepada orang-orang miskin).

Darul Kasai begitu ketara cuba mengelirukan orang ramai, maksud saya, bukannya kepada orang Islam yang sememangnya telah faham tentang masalah ini, tetapi kepada penganut agama lain yang mungkin terpengaruh dengan hujah-hujah kosongnya.  Akhir sekali, saya suka menyeru kepada saudara Darul Kisai dan orang-orang lain yang bersefahaman dengannya, supaya tidak menganggap sesuatu kebaikan yang dilakukan orang lain boleh membazirkan masa, wang dan tenaga kerana kebaikan adalah kebaikan, walaupun ianya kecil, kerana nilai kebaikan tidak boleh diukur dengan masa, wang dan tenaga. Kenyataan saudara Darul Kisai bahawa pihak-pihak tertentu (nota: saya rasa beliau menujukan kesinisan beliau ini kepada pemerintah di negeri Kelantan atau Terengganu) akan mendapat "untung" disebabkan langkah-langkah penguatkuasaan undang-undang tertentu, adalah meleset kerana undang-undang ini bukanlah undang-undang yang popular terutama sekali di kalangan kelompok-kelompok seperti saudara Darul Kisai.  Malah ianya amat menyesatkan sekali jika kita menganggap bahawa melakukan kebaikan sebagai melakukan dosa besar lebih dari menampakkan aurat. 

Sekian, terima kasih.

Bomoh din.  

Nota webmaster:
Saudaraku Bomoh Din terima kasih atas doa saudara selalu untuk saya. Eratkan jalinan dan kukuhkan perjuangan..

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia