MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

UMNO CAWANGAN HOSPITAL BAHAGIA

 Oleh: Mohd Suffian Salleh

Tidak ada tempat lagi bagi parti ajaran sesat ini untuk melebarkan sayapnya kepangkuan masyarakat. Sehingga kini  , beberapa usaha telah dijalankan dengan menghantar semula borang keahlian kepada penganut ajarannya. Malangnya ramai dari pengikut parti ini telah menoleh dan menolaknya ke suatu tempat yang bukan kelazimannya. Lebih malang lagi tarikh penerimaan keahlian adalah lebih terlewat dari borang yang dihantar. Sejak beberapa lama yang lalu hal ini tidak dikisahkan oleh pemimpinnya. Ini adalah kerana ramai pengikutnya dibuai dengan khayalan yang dijanjikan. Sejak  20 tahun dahulu juga ,  apabila bermulanya era Bolehland ini, berbagai kemajuan dan kerosakan pada masyarakat Malaysia telah berlaku. Ini tidak menghairankan kerana semakin sesuatu yang tidak diterima akal diguna pakai pemimpin parti ajaran sesat ini , maka semakin ghairah pula sesuatu yang tidak terduga berlaku. Inilah yang dikatakan Malaysia Boleh.

Sehingga kini , jika dilihat apa yang ada dalam pentadbiran parti ini nampaknya makin kacau bilau dan cacamerba. Apakan tidaknya  , dengan sistem kehakimannya dimana hakim  yang pergi makan angin diambil semula, menteri yang korup dikekalkan, jalan yang tidak begitu cantik dibayar tol. Penagihan dadah dan pil khayal  melanda remaja, alim ulama ditahan, polis bekerja untuk bosnya, malah jika disenaraikan , makin  gila dibuatnya.

Sewaktu menaiki keretapi Tanah Melayu, suatu nama yang diperjuangkan oleh parti ini dan masih dikekalkan,  melalui Tanjung Rambutan, terpampang akan sebuah tugu peringatan bahawa keretapi itu melalui kawasan yang dipunyai parti ajaran sesat ini ,  di sebuah kawasan yang menempatkan hospital mental. Betapa terharunya , mengenangkan akan nasib ahli-ahli yang wujud di dalamnya dan siapa pula yang menjadi ketua sebuah pertubuhan sesat ini. Namun mengenangkan akan perkara ini sebagai suatu yang akan menjadi kenyataan kelak, maka ianya dibiarkan berlalu sahaja. Keadaan ini sebenarnya memungkin akan betapa lucunya parti ini dengan memacakkan tiang bagi mewartakan betapa penghuninya juga adalah terdiri dari orang yang sakit jiwa. Jika berdasarkan akan senarai betapa bolehnya negara Malaysia ini,  maka selagi itu tanda parti ajaran sesat ini amat sesuai bagi yang mengepalai Bolehland ini. Wujudnya cawangan Parti Ajaran sesat UMNO Cawangan Hospital Bahagia amat melucukan. Namun kelucuan ini sebenarnya memungkinkan kenyataan kelak.

Setelah hukuman dan kepuasan yang tidak terhingga bagi pemimpin  serba boleh ini dengan usaha keras menjatuhkan timbalannya yang berada di Sungai Buloh ini, maka semakin ghairah pula parti ini menekan apa yang dipanggil Reformasi. Insan yang berada di Sungai Buloh ini bukanlah calang-calang manusia  , dan ditakuti oleh pemimpin parti ajaran sesat ini. Namun dengan tertahannya beliau selama 15 tahun kebimbangan ini nampaknya akan dapat  melepaskan pemimpin yang ada sekarang. Ini memandangkan betapa yang ada di singgahsana disemua badan kementerian sudah pasti tidak akan mencapai umur yang begitu lanjut. Jika ditakdirkan Tuhan , mereka-mereka ini masih bernafas , kita ingin melihat mereka ini menghuni  dan menjadi ahli Cawangan Hospital Bahagia ini. Alangkah moleknya jika ianya juga turut diketuai oleh  Bossnya sebagai pemimpinnya di cawangan ini.

Keadaan ini memungkinkan keahlian dalam parti  Serba boleh dan ajaran sesat penganutnya untuk turut serta  menjadi keahlian Cawangan Hospital Bahagia ini. Jika dikumpulkan kesemuanya , maka sudah pastilah ianya amat menakjubkan sekali. Apakan tidak , bermula dari kepala konspirasi sehinggalah kepada pecacai bawahan, parti ini sebenarnya akan kelihatan golongan yang tumpah giginya menghuni cawangan yang amat istimewa ini. Keistimewaan ini pula amat bersesuaian dengan konsep Malaysia Boleh. Jika apa sahaja dibolehkan, maka tidak akan ada lagi yang tidak boleh. Apa yang pastinya , kebolehan ini disebabkan rakyatnya yang membolehkan sesuatu ini terjadi. Fikirkan bersama.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia