TINGGINYA 'MORAL' PEMIMPIN-PEMIMPIN
UMNO !
Ketika memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998 lalu, antara
lain Mahathir si Mamak Tongkang menyatakan bahawa Anwar dipecat kerana “moralnya”
yang rendah. “Saya tidak boleh membiarkan seorang yang begitu buruk perangainya dan
rendah moralnya daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia”. Begitulah antara lain
halwa madu yang keluar dari mulut manusia puaka itu dalam menjustifikasikan tindakannya
memecat timbalannya sendiri itu.
Demikianlah betapa hebat dan agungnya sikap dan
pendirian “tegas” si Mamak Tongkang itu dalam mempertahankan nilai moral untuk
calon penggantinya. Belum pernah ada seorang Perdana Menteri sebelum ini yang
begitu menitikberatkan aspek moral di kalangan menteri-menterinya, selain Mahathir si
Mamak Tongkang ! Lantaran itulah maka DSAI telah dipecat dari jawatannya sebagai
Timbalan Perdana Menteri. Namun, bagi seorang yang terlalu “mengagung-agung dan
menyanjung tinggi” nilai moral seperti Mahathir si Mamak Tongkang itu, seseorang itu
hanya perlu ‘bermoral ‘ tinggi jika mahu menjadi TPM sahaja. Untuk lain-lain jawatan
selain itu, soal moral merupakan perkara ‘peribadi’ dan tidak harus dijadikan suatu
dalih untuk menafikan kebolehan dan kemampuan seseorang itu daripada menjadi seorang
pemimpin.
Bila memperkatakan tentang nilai moral di kalangan menteri-menteri UMNO
ini, saya ingin menyenaraikan beberapa aspek ‘moral’ yang super hebat yang
menjadi “imej dan syakhsiah” pemimpin-pemimpin UMNO semenjak era pentadbiran
Mahathir si Mamak Tongkang hampir 20 tahun yang lampau.
1. Projek
‘turnkey’ bangunan pasang siap Menara Dayabumi kepada sebuah syarikat Jepun (kalau
tak silap saya Kumagaigumi) pada 1982 ( tak sampai setahun jadi PM) bernilai ratusan
juta (ketika itu) dengan habuan “ten percent” dan mendapat gelaran awal sebagai
“Mr Ten Percent” merupakan nilai ‘moral’ yang disanjung tinggi ?
2.
Skandal BMF dan terbunuhnya Sdr Jalil Ibrahim di Hong Kong pada 1983 – siapakah yang
mengupah seseorang untuk membunuh Jalil dalam kebun pisang kerana ingin menutup dari
terbongkarnya rasuah besar kepada Syarikat Carrian di Hong Kong melalui Lorraine Esme
Osman kalau bukan si Mamak Tongkang dan seorang ‘general yang kalah perang’ yang
ketika itu menjadi Menteri Kewangan ? Adakah mengupah pembunuh untuk membunuh seorang
pegawai bank yang tidak berdosa itu merupakan ‘moral’ yang terpuji di mata si Mamak
Tongkang itu ?
3. Pembunuhan Memali 1985 di tangan Musa Hitam, kemudian
melabelkan golongan yang syahid itu sebagai komunis dan dalam masa yang sama ‘Mr Ten
Percent” tadi melakukan lawatan ke negara komunis China pula. Bukankah ini merupakan
suatu nilai ‘moral’ yang hebat dan mengkagumkan ?
4. Peristiwa pembunuhan
Mustakizah 1986 oleh seorang Timbalan Menteri melalui pengupahan mafia kongsi gelap dan
sehingga sekarang kes tersebut turut dikuburkan bersama berkuburnya jenazah Mustakizah.
Adakah ‘membela’ seorang pembunuh dengan melantiknya menjadi timbalan menteri dan
kemudiannya menteri penuh merupakan aspek ‘ moral’ yang terpuji ?
5.
Pemecatan Tun Salleh Abas 1988 atas alasan ‘salah laku’ kemudian melantik Hamid Omar
seorang kaki tonggang botol dan tunggang betina sebagai Ketua Hakim Negara yang baru.
Inikah nilai ‘moral’ yang dipertahankan sebegitu hebat itu sehingga beliau layak
menjadi Ketua Hakim Negara yang baru pula ?
6. Tragedi Menelanjangkan Raja-Raja
Melayu 1993 kerana mahu menghapuskan kekebalan mereka dan menghasut rakyat supaya
membenci raja-raja Melayu adalah perjuangan ‘moral’ yang maha hebat dan perlu
dipertahankan oleh rakyat majoriti !
7. Tragedi tumbangnya Highland Tower 1994
yang menjadi pusat pelacuran super highclass untuk menteri-menteri melampiaskan nafsu
serakah mereka dan ketika kejadian, ada seorang menteri yang hampir terbunuh dihempap
bangunan tersebut, kemudiannya dikekalkan terus sebagai menteri yang menjadi jurucakap
kerajaan BN. Bukankah ini suatu nilai ‘moral’ yang canggih yang perlu dipertahankan
oleh regim si Mamak Tongkang itu ?
8. Tragedi Rahim Perogol Bersiri 1996, yang
merogol gadis bawah umur selepas puas bermaharajalela memuaskan nafsunya dengan gadis
Serani dan Portugis, dimana akhirnya gadis bawah umur ini telah melahirkan seorang anak
ketika dalam tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak. Adakah ini nilai ‘moral’ yang begitu
diagung-agungkan oleh si Mamak Tongkang tersebut ?
9. Peristiwa tangkapan khalwat
1996 di Port Dickson antara seorang Menteri dengan seorang penyanyi tempatan, kemudian
kes tersebut ditutup untuk menutup malu (kununnya). Bukankah ini lambang kemurnian nilai
‘moral’ yang disanjung sangat oleh si Mamak Tongkang itu ?
10. Peristiwa
tangkapan Ratu Cantik Selangor 1997, dimana Mufti Selangor telah dipecat dan ratu-ratu
cantik tersebut dibela habis-habisan. Bukankah ini syiar ‘moral’ yang perlu
dipertahankan untuk ‘faedah’ masa depan anak-anak muda kita ?
11. Pemecatan
Anwar Ibrahim 1998 daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana moralnya yang
‘sangat buruk’. Bukankah ini merupakan kemuncak peri pentingnya dipertahankan
nilai-nilai ‘moral’ yang luhur itu sebagai suatu prasyarat untuk menjadi Perdana
Menteri ?
12. Serbuan ke atas The Ship Julai 2000 untuk menangkap peminum-peminum
arak, telah mendapat pembelaan sertamerta dari Anak Badawi super bebal dan Abu
Hassan Omar sehingga memaksa JAIS menutup kes tersebut. Adakah mempertahankan
peminum arak itu satu perbuatan bermoral ?
13. Terkini Ogos 2000 ~ sumbang muhrim
Abu Hassan Omar, yang walaupun sudah begitu lama berlaku, tetapi tetap dilantik menjadi
Menteri Besar Selangor. Adakah ini nilai ‘moral’ yang begitu disanjung tinggi
oleh Mamak Tongkang dan UMNonya ?
Demikianlah antara contoh-contoh nilai
‘moral’ yang wajar dimiliki oleh penjilat-penjilat berwajah munafik di dalam UMNo/BN
sebagai prasyarat untuk dilantik menjadi PM atau menteri. “Murni dan mulia”
sungguh moral kebanyakan menteri-menteri dan pemimpin UMNo/BN sehingga
memungkinkan mereka mencapai martabat wali-wali, lantas tidak dapat membezakan mana satu
adik ipar dan mana satu isteri yang sah…. Kepada Anwar yang “tidak bermoral” itu,
wajar sangatlah beliau disingkirkan oleh si Mamak Tongkang itu kerana gagal menunjukkan
nilai ‘moral’ yang tinggi semasa berada dalam kerajaan.
Saya cukup kagum
jadinya dengan nilai-nilai ‘moral’ yang telah dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin UMNo
tersebut. Syabas kepada pemimpin-pemimpin UMNo yang telah membuktikan bahawa merekalah
Melayu Baru yang telah diacu dalam acuan ‘moral’ yang super tinggi oleh si Mamak
Tongkang itu. Antara bukti nyata kehebatan nilai ‘moral’ ini adalah dengan
meletupnya filem bertajuk “Iparku Isteriku” lakonan Abu Hassan. Tahniah Abu
Hassan kerana berjaya membuktikan nilai moralnya sehingga sanggup melepaskan jawatan.
Kepada
pemimpin-pemimpin UMNO/BN, syabas diucapkan kerana anda semua mempunyai nilai-nilai
‘moral’ yang hebat-hebat belaka.
Cucu Datuk Bahaman