MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

KUMPUL TANDATANGAN UNTUK MENUNTUT PEMBEBASAN DSAI

Telah berpuluh news website yang saya layari untuk mencari berita tentang Anwar dari pandangan para
pemimpin dunia dan hampir kesemuanya bersimpati dan mengutuk hukuman yang telah di kenakan ke atas Anwar dan Sukma. Kecaman demi kecaman telah di lemparkan ke atas sistem perundangan negara kita oleh masyarakat antarabangsa namun balaci-balaci UMNO seperti  Mahathir, Hishammuddin Auw, Hamid Albar (bakal mengikut jejak Pak Abu) dan beberapa pemimpin lain sibuk pula mempertahankan makamah kanggaroo Mahathir dengan mengatakan makamah telah berlaku adil terhadap Anwar.

Buat para pemimpin UMNO ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa kami bukan lagi budak2 boleh di sumbat
dengan gula2 UMNO. Jika dahulu mungkin ada yang boleh terpengaruh dengan kata2 pemimpin Umno tapi kini dalam era IT dan dengan kemudahan internet, kata2 pemimpin umno hanya layak di dengar oleh babi-baji JE yang hanya menunggu masa untuk di bunuh. Terlalu banyak pembohongan di laporkan di media-media. Segala fakta di putar belitkan asal menepati selera pemimpin UMNO yang bangsat. Oleh itu tidak hairanlah bila majoriti
rakyat menganggap peristiwa Sauk sebagai satu sandiwara. Kini apa saja yang keluar dari mulut Mahathir
sudah tidak lagi di percayai. Rakyat hanya tersenyum sinis bila mendengar Mahathir mengulas sesuatu
perkara. Kiranya suatu hari nanti Mahathir membuat pengumuman khas mengatakan Malaysia telah di serang
rasanya rakyat akan ketawa biarpun perkara itu benar-benar terjadi. Lihatlah betapa teruknya krisis keyakinan yang di alami oleh Mahathir gara-gara sikapnya yang suka berbohong. Sekarang Mahathir tidak ubah seperti
lagenda dahulu kala tentang pengembala kambing dan harimau.

Berbalik kepada kes liwat DSAI, walaupun seluruh dunia mengutuk hukuman yang di jatuhkan keatas  Anwar dan Sukma namun masih ada segelintir manusia bangsat yang mempertahankan hukuman hakim Ariffin Joker yang kononnya  prosecution has proved its case against both accused beyond reasonable doubt. Saya tidak mahu mengulas panjang lebar kerana telah ramai kawan kita yang telah mengulas dengan panjang lebar tentang perkara ini. Apa yang ingin saya tegaskan di sini adakah cukup dengan hanya bersimpati dengan Anwar? Adakah cukup dengan hanya meluahkan perasaan marah di laman2 reformasi? Adakah kita dapat membebaskan Anwar dengan hanya melaungkan reformasi dalam demonstrasi yang hanya dihadiri kurang dari 1000 orang?  Mahathir tidak gentar gentar dengan demonstrasi kerana dia mempunyai beribu-ribu anjing yang berpakaian biru gelap untuk membelasah siapa sahaja yang menentangnya. Kita perlu memikirkan cara lain selain dari demonstrasi untuk menjatuhkan  Si Mamak Sial itu.

Pada pandangan saya, para pemimpin dunia perlu memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menjatuhkan
diktator jahanam itu. Cadangan saya agar semua pemimpin dunia memboikot Mahathir. Pemimpin2 duina
janganlah menjemputnya untuk menghadiri sebarang persidangan dan pemimpin2 janganlah menghadiri
sebarang acara ataupun persidangan yang di anjurkan oleh Mahathir di Malaysia. Biarkan dia keseorangan.... umpama katak bawah tempurung. Jangan menjemputnya melawat negara luar dan negara luar hendaklah membatalkan niat mereka untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara ini.

Saya menyeru pemimpin2 BA memulakan kempen mengumpulkan tandatangan menuntut campur tangan DYMM Yang Di Petuan Agong untuk membebaskan Anwar dan segala kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir seperti yang dilakukan oleh DAP terhadap Lim Guan Eng suatu ketika dahulu. Andainya DAP berjaya mengumpul lebih 600,000 tandatangan meminta pengapunan LIm Guan Eng dari Agong saya percaya DSAI akan mampu mendapat berjuta-juta tandatangan dari rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan dan bencikan kezaliman.

Ayuh semua....kita mulakan langkah kita sekarang. 2004 adalah terlalu lama untuk membiarkan DSAI menderita di dalam penjara. Akhir sekali...SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN YANG KE 53 BUAT DSAI YANG KAMI KASIHI. 


LAWAN TETAP LAWAN....Lawan Sampai menang.

New Radikal

newradikal@yahoo.com

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia