MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Akhirnya Abu Hassan Menyerah Kalah dengan Kritik!

KUALA LUMPUR: Akhirnya Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Abu Hassan Omar akhirnya meletakkan jawatan dipercayai ekoran pendedahan makalah Kritik mengenai tuduhan skandal seksnya. Walaupun usaha Barisan Alternatif yang dipimpin Dato' Dr Hassan Ali untuk mengemukakan usul tergempar berkaitan isu itu dan juga isu operasi tangkapan JAIS gagal di persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Isnin lalu, tetapi impaknya sudahpun dirasai. Dalam persidangan DUN 7 Ogos lalu, ADUN Hulu Kelang Azmin Ali cuba membangkitkan hal berkaitan tuduhan skandal tetapi dihalang Speaker. Beliau melihat dari sudut ujian DNA bagi membuktikan apakah Abu Hassan ada kaitan dengan kanak-kanak 11 tahun yang disebutkan dalam surat layang.

Kritik menyiarkan laporan khas mengenai salah laku Abu Hassan termasuk mengimbas kembali kos pengubahsuaian kediaman rasminya sebanyak RM5 juta dan kos belanja hotel sehingga hampir RM100,000 sebelum rumah itu siap.

Hassan Ali dalam wawancara eksklusif menegaskan: "Saya amat kesal jika dipimpin oleh seorang Menteri Besar yang kredibiliti, sikap dan moralnya boleh dipertikai rakyat."

Sebelum ini, makalah Protes, yang juga dikelolakan oleh Ahmad Lutfi Othman, menyiarkan pendedahan ketua operasi JAIS di The Ship dengan gambar-gambar eksklusif membuktikan penangkapan itu mempunyai maklumat yang mencukupi dan sukar untuk dicabar lagi. Manakala ADUN PAS Sungai Besar, Sallehan Mukhyi dalam interbiu wakil Kritik berkata: "Oleh kerana isu tuduhan MB Selangor berkelakuan sumbang sudah tersebar di negeri Selangor, mahu tidak mahu, sebagai ketua eksekutif kerajaan negeri, beliau perlu membersihkan diri daripada tuduhan tersebut dan membina kembali kepercayaan rakyat Selangor.

Oleh kerana Abu Hassan sudahpun meletakkan jawatan, rasanya tidak lagi sesuai isu salah lakunya itu dibesarkan lagi. Beliau sudah memikul tanggungjawab dan perletakan jawatannya mesti diterima oleh semua pihak.

"Cukuplah dengan apa yang kami dedahkan melalui Detikdaily," kata Lutfi. "Banyak lagi agenda lagi yang harus kami perjuangkan, khususnya berkaitan isu Anwar dan desakan supaya Mahathir berhenti. Memang tidak semudah mendesak Abu Hassan berundur, tetapi sekadar mampu kami cuba melakukan apa yang terdaya."

Bagi Lutfi, mendesak Mahathir meletakkan jawatan adalah petanda penting dalam proses tuntutan reformasi di negara ini. "Sekiranya Mahathir berhenti melalui proses biasa, tanpa didesak rakyat untuk berbuat demikian seperti yang berlaku pada Suharto di Indonesia, saya merasakan tuntutan reformasi tidak mencapai kejayaan."

Insya-Allah, tambah Lutfi, saya akan menjelaskan lebih lanjut mengapa kempen mendesak Mahathir meletakkan jawatan cukup penting dalam proses menjayakan tuntutan reformasi di negara ini. -- DETIKDAILY


Atikel ini disumbangkan oleh http://detik.daily.tripod.com/


Akhbar "Kritik" diterbitkan dan diedarkan pada 3hb Ogos 2000 hari Khamis. Dapatkan Akhbar Terbaru Kami "Kritik" (Editor: Ahmad Lutfi Othman ) yang telah berada di pasaran. Akhbar ."Kritik" dengan beraninya membuat pendedahan yang sebenar mengenai skandal seks MB Selangor dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut hubungi 019-2796362 (Encik Zabidi Bin Morad:Pengurus Pemasaran Dan Pengedaran ) atau email kan kepada zabidi_detik@hotmail .com .

"DETIK SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia