Dato' Seri, saya berjanji dengan nama ALLAH SWT saya akan turut membantu berjuang
menegakkan keadilan di bumi Malaysia ini sehingga pilihanraya tahun 2004. Semoga ALLAH
SWT memelihara kesihatan dan keselamatan Dato' Seri.
Noorulashikin Md. Taharim
Johor
Bahru
Pengorbananmu ku sanjung tinggi. Dikau berkorban untuk mempertahankan hak rakyat. Semoga Allah melindungimu. Percayalah Allat tetap bersamamu.
mr. canggih
Sungguh sedih dengan keputusan itu. Saya berdoa moga Dato' Seri akan segera bebas.
Alan wasahlan'
Ipoh
Hati saya hancur dengan kezaliman yang saya sendiri lihat. Dato' Seri bersabarlah.
Buat Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak,
kedua ibu bapa dan ibu bapa mertua, serta adik beradik dan ipar duai
semua, marilah kita sama-sama berdoa semoga ada jalan lain yang
membolehkan Dato' Seri dibebaskan juga. Mahathir bukan segala-galanya.
Allah maha besar. Allah maha mengetahui dan Allah lah tempat kita
mengadu sebenarnya. Insya-Allah, Dato' Seri akan bebas juga. Tiada siapa
boleh melawan kuasa Allah.
Abdillah Haji Jusoh
Kampong Tasak,
Langgar, Kedah.