KERUSI MEJA MULA BERCAKAP
Kita tidak terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan
pada Anwar. Kalau dulu Mahathir pernah merencanakan keracunan Anwar, penjara-penjara
ni...nothing. Manusia bila dah ambil syaitan sebagai teman, hatinya akan buta
sebuta-butanya,
hingga mengalahkan haiwan lakunya.
Tidak lama lagi akan keluarlah kisah-kisah
sebenar di sebalik kes Anwar ini. Badut-badut dan hamba sahaya Mahathir memang bijak dan
buat perancangan sesulit-sulitnya tapi atas kehendak Allah jua, satu hari nanti
"kerusi meja" yang disangka benda mati pun boleh berkata-kata.
Maka
ketahuanlah kita sekarang, dari makhluk-makhluk yang tak sanggup lagi hidup dihantui rasa
bersalah, akan salah satu sebab lagi mengapa Augustine Paul ditugaskan jadi hakim kes
Anwar yang pertama dulu, dan bukan K.C.Vohrah seperti yang sepatutnya. Begini kisahnya.
Presiden
Mahkamah Rayuan, Lamin Yunos, ada masalah rumah tangga yang agak hebat. Waris-waris
sendiri di Negeri Sembilan memusuhinya. Ada yang kata dia juga pendera isteri. Tapi yang
relevan, sedikit masa dulu, terjadilah satu peristiwa malang menimpa rumah tangga anaknya.
Dipendekkan cerita si menantu saman anak Lamin dan isteri Lamin di mahkamah sivil KL.
Hakimnya K.C.Vohrah.
Secara sulit Lamin arah Vohrah buang kes seawal-awalnya,
jangan sampai masuk papers. Vohrah bukan bahlol. Dia dengar kes hingga selesai dan buat
keputusan sewajarnya. Lamin bukan main marah pada Vohrah sebab tak dengar arahan. Eusoff
Chin turut cuba mempengaruhi Vohrah, tapi gagal. Sah pada mereka Vohrah ni tak boleh
dicucuk hidung. Tapi dia hakim yang bijak dan disegani ramai lawyer. Tak seperti hakim
Visu Sinnadurai, walaupun bijak jugak tapi ego sikit. Sebab itulah dia asyik
dipindah-randahkan sampai dia minta berhenti.
Bila datang kes Anwar sudah tentu
Vohrah tak boleh dipakai. Diambillah Augustine yang dah ada rekod buruk untuk ditonggang.
Nah, jelas taatnya dia pada arahan. Sekarang bila timbul kes Al Ma'unah, tenaga dia
diperlukan lagi. Perbicaraan mesti diadakan di Taiping kerana Sauk berada di dalam bidang kuasa
mahkamah tinggi Taiping. Dulu, sebelum ada mahkamah tinggi Taiping, kes sebegini mesti
didengar di mahkamah tinggi Ipoh. Tapi kalau si Augustine tu ke mahkamah tinggi Taiping,
nampak sangat skrip adegan penutup sandiwara Sauk. Diangkutnya semua tertuduh ke KL.
Pendakwaan
dibuat oleh Mokhtar Dugong. Sekali lagi si bangang ni buat hal. Beginilah bijaksananya
calon Ketua Hakim pewaris Eusoff Chin nanti. Akta yang menjustifikasikan perbicaraan
kesemua tertuduh di KL tidak boleh diguna dalam kes sebegini. Tapi jangan lupa yang si
Augustine tu jadi hakimnya. Bila dia kata akta itu relevan, hujah yang lain semuanya tak
relevan lagi. Jadi, keputusan kes pun boleh diteka sebelum perbicaraan bermula. Jangan
sampai rakyat terperanjat nanti.
-Abang
Kenyalang