MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Peringatan Kepada Umat Islam

Hari ini dan beberapa hari yang akan datang, media "mainstream" milik Kerajaan terutamanya Utusan Meloya, Berita Hairan , NST3/4, TV3/4, NTV7/4, RTM1&2/4 akan "menipulasi" dan memanipulasi isu mengenai penetapan hukuman ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim.  Seperti biasa mereka akan cuba menggambarkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim benar-benar bersalah melakukan liwat seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Kangaroo Malaysia.  Kita menjangkakan bahawa terdapat banyak komen-komen "tidak bernas" dari pemimpin-pemimpin negara yang buta agama, kununnya keputusan mahkamah adalah benar belaka, tiada lain melainkan benar dan tidak boleh disanggah, walaupun kaedah penentuan hukum tersebut jauh dari apa yang dikehendaki oleh agama.

TETAPI AWAS…………...

Kepada sesiapa yang mempercayai "tuduhan karut" tersebut, mereka dianggap melakukan sesuatu yang haram (kerana jelas ianya adalah rekaan semata-mata) dan termasuk dalam dosa besar.  Sekiranya mereka turut menyebarkan berita ini, maka di dalam Islam mereka wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80 kali dan tidak boleh diterima penyaksian mereka selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq (Qanun Jinayah, m/s 55).  Rujuk Surah an-Nur:4. 0

"Seseorang yang menuduh seseorang yang lain melakukan liwat tanpa sesuatu bukti yang boleh menyokong tuduhannya samalah hukumnya seperti menuduh seseorang melakukan zina.  Jika sabit kesalahan orang yang dituduh itu mengikut bukti-bukti yang disebutkan dalam perkara 28 perenggan (i) dan (ii) maka orang yang menuduh itu wajib dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang dikenakan ke atas orang menuduh orang yang berzina yang diperuntukkan dalam perkara 39, samada yang melakukan atau yang dilakukan liwat itu lelaki atau perempuan" (Qanun Jinayah m/s 59).

Di dalam Qanun jinayah syar'yah, cara melakukan qazaf (menuduh orang berzina atau berliwat) terdapat tiga cara iaitu tuduhan yang dibuat secara sarih (terang/nyata), tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiasan) dan tuduhan yang dibuat secara ta'ridh (sindiran) (Qanun Jinayah, m/s 60).

Oleh itu, sampaikan maklumat ini kepada sahabat handai dan ingatlah firman Allah yang bermaksud"Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka"

Rujukan:

Kitab Qanun Jinayah Syar'yah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadith oleh Haji Sa'id Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah). Bab 2: Fasal Kedua - Qazaf di dalam hal menuduh orang berliwat.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia