MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

USAH KITA HIBA... TANAMKAN TEKAD

Oleh Pena Suasa

KEPUTUSAN terhadap kes (fitnah) liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah dijatuhkan. Bagi kita semua, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kita semua tentunya hiba, sedih, geram dan marah dengan keputusan itu. Walaupun memang kita duga, Hakim bernama Ariffin Jaka (Jenaka) ini lebih zalim dari hakim sebelum ini, Augustine Paul, tetapi satu pesan saya, baik kepada diri saya dan kepada semua penyokong dan pendokong reformasi, tanamkan tekad, mari kita ubah kerajaan yang ada. Usah kita percaya apa sahaja yang dicakapkan oleh Dr. Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan para pemimpin BN yang ada. Kita nafikan semua yang dicakapkan mereka. Kita anggap mereka berbohong. Kita tolak media massa kerajaan, kita tolak TV3 dan kita jangan percaya apa sahaja yang mereka bercakap. Mereka semua pemfitnah, pembohong, zalim dan penipu paling besar.

Sedih kita, tidak sesedih isteri dan anak-anak Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Geram kita tidak segeram keluarga Dato’ Seri Anwar yang menerima kesan hukuman ini. Tetapi, mereka… anak-anak, isteri dan sanak saudaranya tidak akan berupaya membuat sesuatu tanpa sokongan semua.

Marilah kita mengadu kepada Allah SWT. Kita dirikan sembahyang sunat hajat dua rakaat. Kita panjatkan doakan kepada-Nya, semoga semakin kuat tekad dan azam kita untuk menukar kerajaan yang ada.

Sudahlah, usah kita meratap, usah kita hiba, usah kita sedih, usah kita geram dan marah kerana ia akan merosakkan diri dan jiwa kita.

Kita susun strategi. Kita berdoa kepada Allah SWT setelah kita kuatkan saf kita. Rapatkan lagi saf bersama-sama kawan-kawan dan saudara-mara di dalam Barisan Alternatif (BA). Barisan Nasional (BN) mestilah diajar dengan menumbangkan mereka di dalam pilihanraya.

Kita hentikan bercakap soal Azman Harun, Hamid Abd Rahman, Zuraidi Rahim, Baharuddin Ali Marom, Jaafar Ahmad, Kamaruddin Hassan, Wan Indera Putra dan Nordin Ahmad. Mereka adalah alat orang berkuasa.

Jika kita sibuk melayan perkara-perkara remeh seperti ini, kita akan membuang masa. Kita kena susun aktiviti kerja. Masing-masing ada peranan.

Yang boleh menulis, tulislah apa sahaja maklumat benar yang mereka ada, dan sebarkan. Ada banyak cara menyebarnya. Melalui internet, melalui tangan atau poskan selain dari bercakap antara satu dengan yang lain.

Tetapi, tulisan dalam bentuk makalah, majalah, buku dan akhbar adalah paling berkesan kerana ia boleh disimpan dan boleh diulang membacanya.

Usah kita bergaduh dengan polis, kerana polis itu robot. Mereka bertindak berdasarkan program yang dikuasai boss mereka, Dr. Mahathir yang cukup zalim.

16 tahun Dato’ Seri Anwar Ibrahim berbakti dalam Umno, 15 tahun lebih beliau dipenjarakan. Ingat, ketika si laknat Augustine Paul menjatuhkan hukuman, dia tidak mengambil kira tarikh Dato’ Seri Anwar Ibrahim mula dikurung sejak 20 September 1998. Dia jatuhkan hukuman dari tarikh penghakiman dibuat. Bukankah itu kerja biadap yang tidak langsung mengambil kira jasa dan bakti Dato’ Seri Anwar?

Bolehkah hakim Ariffin Jenaka (Jaka) membuat penghakiman berdasarkan pengakuan seorang lelaki bernama Azizan yang pernah meminjam duit dari ibu Dato’ Seri Anwar sedangkan lelaki ini mengaku seorang penzina?

Astaghafirullah. Apa nak jadi dengan agama Islam? Apa nak jadi dengan bangsa Melayu dan apa nak jadi dengan negara kita, Malaysia. Manusia seperti ini, seorang penzina boleh meyakinkan seorang hakim bernama Ariffin Jenaka untuk membuat keputusan, menghukum seorang pemimpin terkenal dan banyak jasanya kepada negara, agama dan bangsanya?

Esok, kalau ada seorang lagi manusia mengaku dia diliwat oleh Ariffin Jenaka, tidak kiralah atas tilam atau tidak, tidak kiralah di kondominium atau tidak, bolehkah Ariffin Jenaka disabitkan kesalahan? Bersoraklah Aziz Shamsuddin, Tengku Adnan Mansor, Dr. Mahathir, Megat Junid, Ummi Hafilda Ali, Khairuddin Abu Hassan, Azizan dan Tun Hanif Omar kerana usaha mereka berjaya.

Tetapi, Allah tetap Yang Maha Agung. Allah akan membalas kejahatan mereka ini di dunia. Insya-Allah, ada umur, kita tengoklah. Tidak ke mana orang-orang zalim, tidak ke mana orang-orang jahat. Dr. Mahathir tidak akan hidup seratus tahun. Aziz Shamsuddin si pendek ini juga akan tahu apa yang bakal menimpanya. Tengku Adnan juga akan tahu hujung nasibnya kelak. Tunggulah… hari ini kau orang semua menang, esok belum tentu lagi. Skrip olahan Dr. Mahathir disudahkan oleh Ariffin Jenaka dengan begitu ‘sempurna’.

Bersabarlah wahai pejuang rakyat, Dato’ Seri Anwar. Terimalah! Kita hidup di dalam dunia yang penuh tipu daya. Marilah kita semua mengadu kepada Allah, usah kita merintih kepada manusia lagi.

Subuh 9hb. Ogos 2000

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia