MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SELAMILAH DUKAKU!

Imbauan kembali tragedi hampir dua tahun yang lalu, mengheret hidupku ke alam fantasi yang memualkan.  Diulit duka dan dihimpit resah menyaksikan lakonan para syaitan dan iblis yang bergentayangan di bumi suci ini.  "Pejuang bangsaku" abang Anwar Ibrahim di hina dan disiksa oleh regim taghut berhati binatang yang tidak pernah mengenal erti dosa dan pahala. Semalam, episod berakhir bersama titisan air hujan di kepala, manik-manik air mata mengalir menyusur kehibaan. Aku terus kebingungan mengharungi fantasi yang menjadi realiti.  Jiwaku berantakan memprotes penciptaan sejarah yang penuh jijik, keji dan bersalut najis nista yang menempel ketamadunan negaraku yang tercinta. 

Abang, aku tahu kau tabah menghadapi segala-galanya kerana jiwa dan keimananmu jitu dan padu menerima ketentuan Allah.  Tetapi, aku yang tidak sanggup menerima hakikat ini.  Aku tidak mampu membendung dendam kesumatku kepada puaka-puaka berwajah manusia yang menghina dirimu, agama dan negara. Bagaimana mungkin kami membiarkan kau pergi meninggalkan kami yang masih memerlukan bimbingan dari pemimpin agung sepertimu.  Tempatmu bukan di "sana", tetapi di sisi rakyat yang masih banyak memerlukan pembelaanmu".

Semalaman mata tidak dapat kulelapkan.  Kutatap puas-puas enam orang putera dan puteriku yang sedang nyenyak tidur sebagai menyelam kehibaan yang menghimpit sanubarimu. Kata hatiku, apalah erti kehidupan ini tanpa dapat melihat dan membelai anak-anak.  Adakah lagi kegembiraan dalam keluarga ini jika ayah dikasihi tiada di sisi. Isteri tercinta tiada lagi dapat mendakap suami yang menjadi tonggak kebahagiaan keluarga. Bagaimana pula perasaan isteri yang ditanyai anak "Mama, bagaimana agaknya Papa hari ini?  Apalah yang Papa makan di sana ?.  Tidak kepalang sedihnya hati si ibu pada Disember ini ketika anak berkata " Mama, esok hari raya, saya akan bangun awal-awal untuk menziarahi Papa.  Saya benar-benar rindukan Papa".   

Abang,

DEMI ALLAH YANG NYAWAKU DI TANGANNYA, JIKA AKU DIBERI KESEMPATAN WALAU SESAAT, AKANKU RANAPKAN KAU DAN KUNCU-KUNCU ENGKAU WAHAI MAHATHIR ANAK LELAKI MOHAMAD, PETUALANG BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.

Bomoh Din

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia