KENAPA BEGINI
Assalamualaikum Warahmatullahi wa barakatuh.
Saudara
Anwar Ibrahim berkata," Jangan bicara soal perjuangan, kalau takut dengan
pengorbanan" adalah sangat tepat dan berisi. Atas dasar prinsip dia telah
dikorbankan. Ini tidak menghairankan kerana setiap insan yang cuba menegakkan kebenaran
dikeadaan mana prinsip keadilan telah diinjak-injak, pasti menerima padah. Apa yang
menjadi persoalan saya bagaimana kita yang juga mahu kebenaran, keadilan ditegakkan dapat
meneruskan perjuangan ini.
Rasullullah s.a.w. telah mengorbankan segala
galanya; harta, mas, perasaan dan apa saja demi untuk kesejahteraan umat sejagat untuk
selamanya. Semua nabi diutus untuk maksud yang sama. Apa terjadi pada Marcos dan apa yang
terjdai pada Suharto tidak sama. Tetapi yang pastinya kedua-dua mereka telah
menerima
padah dari keangkohan mereka. Mahathir juga akan menerima nasib yang sama, ini pasti,
hanya yang kita tidak tahu, bila dan apa yang akan menimpa beliau. Allah tidak pernah
berbohong. Kezaliman akan pasti dibalas. Tidak ada tabir diantara Allah dan yang dizalimi,
doanya pasti diterima.
Kapada Mahathir, kamu taubatlah secepat mungkin,
kerana hukum Allah akan pasti datang, dan tidak ada satu kuasa yang dapat menahannya.
Kejayaan
yang sebenarnya ialah apabila kita tinggalkan dunia ini dengan kalimah Lailahaillallah.