MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

AZMAN HARON SEPERTI MELUDAH KE LANGIT!

Beberapa orang lagi dijangka dalam masa terdekat ini akan membuat kenyataan untuk keluar Parti KeAdiLan (PKN) terutama di Permatang Pauh khasnya dan Pulau Pinang amnya! Kepada BA mereka ini kita tidak boleh halang...biarkan mereka buat keputusan sendiri setelah mereka tahu keadaan politik sebenarnya.

Kepada saudara Azman Haron, secara sedar dan tidak sedar beliau telah dipergunakan oleh banyak pihak! Sebagai peguam beliau patut tahu sepak terajang politik. Mungkin beliau belum matang berpolitik lagi, jadi ahli UMNO pun tidak sampai 10 tahun lagi. Menjadi exco pun dilantik bukannya menang atas pertandingan. Beliau tewas dalam pertandingan naib ketua pemuda bahagian. Dr. Rahim melantik beliau sebagai exco majlis biro guaman atas dasar kedudukan beliau sebagai peguam. Kononnya 50 orang telah mengikuti beliau keluar PKN! Tetapi sebenarnya...tiada seorang pun pengikutnya. Beliau hanya seorang diri dan yang lain dibawa oleh Jamil Che Din! Ahli dan penyokong PAS pun turut serta untuk meyakinkan UMNO bahawa ramai yang telah insaf ingin kembali kepada UMNO pada pagi Isnin lepas. Ramai ahli UMNO Permatang Pauh tahu bahawa Azman Haron dan Jamil Che Din berada di rumah Dr.Ibrahim Saad pada jam 3~4 pagi pada menjelangnya hari pengundian. Mereka meminta sejumlah wang dari Dr. Ibrahim Saad! Ramai AJK bahagian UMNO tahu kekecohan ini.

UMNO jugalah yang mengajar rakyat jadi hipokrit! Kalau tak sokong UMNO, pelbagai halangan akan rakyat lalui. Contohnya, Azman Haron biasa hidup selesa dan kini terpaksa berhadapan dengan kepayahan. Azman selalu ulangi ungkapan DSAI "JIKA TAKUT RISIKO USAH BICARA PERJUANGAN" dan "JIKA TAKUT OMBAK JANGAN BUAT RUMAH TEPI PANTAI" Ramai sekali kakitangan kerajaan dan orang ramai yang BERLAKON sokong UMNO tetapi secara senyap menyokong BA! Mereka terpaksa berbuat begitu demi untuk elak pelbagai karenah yang akan ditimbulkan oleh UMNO terutama oleh JKK!

Ariffin Yusof dan isteri beliau, Hamidah juga telah begitu ghairah un tuk mengikuti keluar PKN. Bekas calon PKN Seberang Jaya, Khairuddin juga telah memohon menjadi ahli UMNO semula tetapi di tolak kerana telah jelas...ahli UMNO yang menjadi calon menentang calon BN tidak akan diterima semula ke dalam UMNO! Khairuddin juga seorang peguam dan kemungkinan besar beliau akan menyertai PARTI GERAKAN DEMI PERIUK NASINYA. Ariffin Yusof, Hamidah, Rosli Ayob (calon PKN Parlimen Tasik Gelugur) adalah di antara yang memainkan peranan supaya Azman Haron, dan Halim Kastam dihalang dari menjadi ahli PKN serta komplot menjatuhnya! Orang-orang ini jugalah akan buat "iklan berita tv3/4" dalam plot keluar PKN.

Ahli UMNO tahu siapa mereka ini dan lebih-lebih lagi Ariffin Yusof dan Hamidah! Biasanya, cawangan banyak ahli tetapi pasangan suami isteri ini cuba mencipta sejarah dengan "ahli banyak cawangan". Mereka pernah menjadi ahli UMNO cawangan Kg. Mengkuang, Seberang Jaya, Klaster Siakap, Taman Guar Perahu dan kini cawangan RPKN!(Sumber maklumat...sekretariat rumah bahagian UMNO)

Ahli BA, APA JUA ALASAN PUN, parti tidak ada hak untuk menghalang dari keluar parti tetapi biarlah bermaruah. Keluarlah dan MASUKLAH secara senyap. Tiada siapa yang tahu undi kita. Kalau nak masuk BA tak perlu buat 'heboh' kerana anda akan ditekan selepas itu. Tetapi kalau nak keluar BA...KELUARLAH SECARA SENYAP. Walaupun anda umum keluar BA sahaja tetapi orang masih beranggapan akan masuk UMNO balik. UMNO parti  dah tua dan tunggu masa nak 'roboh'.UMNO menentang Islam. Mereka menghalalkan apa yang Islam larang dan mereka juga menggalakkan perbuatan mungkar. Dalam UMNO kalau ada wang anda boleh memimpin (paling tidak ahli Jawa kuasa masjid). Meskipun anda berjudi/minum arak/tidak solat dan sebagainya!

Orang Permatang Pauh, ramai yang mengenali Ezam daripada Azman Haron. Azman sudah lupa, Jamil Che Din dan beliau (mereka)lah yang memaki hamun pemimpin UMNO tempatan dan pusat....Sekarang mereka jilat ludah sendiri.

Chee Cheng (Kulim)

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia