FILEMKAN KISAH PERJUANGAN WIRA
BANGSA
Pada adatnya Wira bangsa DSAI akan terpisah dari
kita untuk tempoh lebihkurang 14 tahun , tempoh tersebut bermakna kita akan melalui
sekurang-kurangnya 3 kali Pemilu. Dalam jangkamasa yang begitu lama, adakah kita akan
terus mengingati dan meneruskan perjuangannya?. Apa yang berlaku dimasa depan hanya Allah
Yang Maha Mengetahui. Mungkin DSAI akan bebas lebih awal lagi. Tiada siapa yang tahu
kehendak dan perancangan-NYA.
Namun begitu berdasarkan apa yang telah kita ketahui
DSAI akan terus berada dipenjara untuk waktu yang lama. Disini Papa ingin mencadangkan
kepada seniman /karyawan seni yang berada didalam BA agar memfilemkan kisah perjuangan
Wira bangsa DSAI . dengan adanya filem tersebut pasti akan membuka minda masyarakat yang
masih belum bersama perjuangan kita terutama golongan remaja yang begitu leka dengan
hiburan.
Tidak dinafikan filem merupakan satu elemen penting
dan paling berkesan untuk menarik golongan remaja. Maka filem DSAI nanti pasti menjadi
satu wadah untuk menambah bilangan penyokong perjuangan menegakkan keADILan dibumi
tercinta ini.
Kepada saudara Hishamudin Rais, Zunar, Nasir Jani
dan lain-lain karyawan diharap dapat melaksanakan cadangan ini. Sekiranya pelakon yang
sedia ada tidak sanggup untuk berlakun dalam filem ini, Saudara boleh membuat sessi
ujibakat memilih pelakon baru dikalangan anggota reformasi kita. Papa percaya ramai
dikalangan
kita ini yang berbakat untuk menjadi pelakon terkenal jika diasah bakat
mereka. Untuk pengetahuan, filem ini bukan setakat pasaran Malaysia saja tapi adalah
edaran internasional.
Bagaimana sekiranya LPF tidak meluluskan? Kita boleh
buat dalam bentuk VCD dan jual diceramah-ceramah kita. Dan pastikan hanya yang original
dijual. Disamping itu Kelantan dan Terengganu boleh menayangkan filem tersebut secara
meluas. Apakata tawarkan kepada siti nurhaliza sebagai Puteri Reformasi dalam filem
tersebut?
Papa
Juwie: Semoga filem wira bangsa ini bakal
menjadi kenyataan…………