Cukupkah Hanya Sekadar Berceramah dan Bersabar Sahaja??
Setelah semua jentera
kerajaan termasuk Mahkamah, PDRM, PRM,BPR,SPR dan banyak lagi termasuklah segolongan
manusia yang mempunyai sifat yang sama seperti kita tetapi agak bertuah kerana mempunyai
darah kelahiran raja dan justeru daripada itu dapat hidup senang lenang hasil daripada
duit subsidi daripada rakyat dan negara diperkudakan, dicucuk hidung dan boleh diseret ke
sana-sini, masihkah lagi kita hanya duduk dan memerhati sahaja tanpa ada apa-apa tindakan
susulan.
Regim Mahathir dan setengah golongan Malayu yang terkunci mati hati dan
mindanya tersenyum memerhatikan kedayusan sebilangan besar orang-orang Melayu termasuklah
segelintir pemimpin yang sedang selesa duduk di kerusi empuk hasil daripada sokongan dan
dokongan rakyat sewaktu pilihanraya dulu. Wahai para pemimpin BA yang suatu waktu dulu
kami sokong, kami pilih dan kami sanjung, kalianlah yang menjadi harapan kami untuk
membawa perubahan kepada negara. Bersatulah kalian untuk melakukan sesuatu terhadap regim
MAMAK KUTTY keparat ini. Insya-Allah kami rakyat biasa yang yang bencikan kezaliman dan
menolak ketidakadilan ini akan bangun bersama kalian untuk melawan habis-habisan regim
MAMAK KUTTY keparat ini.
Kami sebenarnya sudah puas mendengar ceramah kalian mengenai
ketidakadilan dan kekejaman tanpa adanya apa-apa tindakan lain selain daripada disuruh
bersabar dan berdoa. Memanglah perlu bersabar dan berdoa. Tetapi bersabar bukan hanya
duduk diam memerhati kekejaman dan keganasan yang berlaku di depan mata. Tindakan yang
diambil oleh pemimpin PAS, DAP, PRM dan ADIL hanyalah sekadar mengeluarkan kenyataan di
laman-laman Internet misalnya mengenai ketidakpuasan hati terhadap segala kekejaman dan
ketidakadilan yang berlaku dan tidak lebih daripada itu. Kalau setakat nak buat kenyataan
sahaja, orang kampung pun boleh buat.
Kita perlukan satu momentum yang lebih kuat untuk
menentang regim MAMAK TUA yang tak sedar diri ini. Kami percaya bahawa seandainya semua
pemimpin BA bangkit bersama seluruh rakyat Malaysia (kecuali yang masih pekak, bisu dan
tuli terhadap kekejaman yang sedang berlaku), berkumpul diseluruh negara untuk menyatakan
ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan MAMAK TUA dan para kroninya, sesuatu perubahan
akan berlaku di dalam sistem pemerintahan negara kita. Inilah adalah kerana kebangkitan
seluruh rakyat dan pemimpin yang cintakan keadilan ini akan memberikan satu momentum yang
besar kepada regim MAMAK keparat ini.
Kalau kita hanya duduk diam dan sekadar
bersabar di atas segala kebejatan yang berlaku, lambat laun kita kan menjadi pendatang di
negara sendiri. Saya percaya kita tidak rela negara kita dijajah walaupun oleh bangsa
sendiri, inikan pula oleh seorang MAMAK yang tidak tahu asal usulnya. Kami (rakyat yang
patriotik) yang sedang menuntut di luar negara ini memberikan sokongan penuh di atas
segala tindakan yang akan diambil demi untuk mengembalikan semula maruah dan martabat
negara darpada terus dirompak, diliwat dan dirogol oleh regim MAMAK keparat.
BERSATULAH
DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN MARUAH BANGSA DAN NEGARA YANG SEMAKIN TERCEMAR BUKAN SAHAJA DI
BUMI MALAYSIA MALAH DI MATA DUNIA. BIARLAH DUNIA MENGETAHUI BAHAWA RAKYAT MALAYSIA
SEBENARNYA TIDAK MUDAH DIHINA DAN DILEMBUKAN. BIAR SELURUH ALAM MENGETAHUI BAHAWA RAKYAT
MALAYSIA TIDAK DAYUS. BERSAMALAH KITA MENGGILAP KEMBALI NAMA MALAYSIA DI MATA DUNIA.
Takashi Asano