MENJANA KEMENANGAN BA DALAM
TAHUN 2004
Saya adalah dikalangan salah seorang reformis yang turut menghadirkan
diri diperkarangan Mahkamah semalam 08/08/2K (selasa) walaupun sebenarnya saya
terpaksa berada di Kota Kinabalu untuk urusan rasmi. Namun lewat 07/08/2K melalui
web-web reformasi saya dimaklumkan bahawa Judgement Day DSAI akan dibuat pada kesokan
harinya. Saya terus menangguhkan urusan saya itu demi untuk bersama penyokong DSAI dan
memberikan sokongan moral untuknya, keluarganya dan reformis. Saya jugalah yang
menghantarkan "Peringatan dan Panduan Buat Hakim - DSAI Jugemenet Day"
dengan menyenaraikan Alibi Anwar Ibrahim dan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran dan
As-Sunnah berhubung dengan peghakiman.
Dukacitanya Ariffin Joker ternyata memang benar seorang "Puppet
Judge" yang dikemudikan oleh "Puppet Master" P*k* M*k. Nampaknya dia
lebih rela mengikut perintah Mahafiraun daripada perintah Allah. Maka tunggukanlah
azab dariNya !. Dengan memenjarakan DSAI selama 9 tahun lagi ini bererti DSAI akan
menghabiskan sisa hidupnya 15 tahun dalam penjara. Kalau sekarang ini DSAI berumur 53
tahun bererti beliau akan bebas hanya pada usianya 67 tahun. Sesungguhnya saya amat
terkejut dengan keputusan Mahkamah ini. Tetapi menyedari bahawa selagi Mahkamah
dianggotai mereka-mereka yang korup ini, maka selagi itulah keADILan tidak akan wujud.
Namun proses undang-undang yang ada perlu kita lalui walau menyedari akhirnya ia tidak
menyebelahi kita walaupun kita dipihak yang benar. Saya yakin DSAI akan memfailkan
rayuan kepada Mahkamah Rayuan dalam tempoh yang terdekat. Kali ini bedasarkan
kebolehan beliau berhujah ada baiknya beliau sendiri bertindak sebagai peguambela, dan
kalau dapat tumpukan penghujahan kepada isu-isu yang berkaitan dengan Alibi-Alibinya
dan juga isu korupsi para hakim-hakim.
Saya kira semua para reformis sekalian akan
tetap bersama dan menyokong perjuangan menegakkan keADILan dan memusnahkan keZALIMan.
Saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk DSAI semuga beliau sentiasa dalam
peliharaan Allah dan mendapat keredhaanNya.
Kepada DSWA serta anak-anak sebagai orang
yang berkeluarga, saya sendiri dapat rasakan betapa kepahitan dan kesusahan yang harus
DSWA lalui tanpa bersama orang yang dikasihi. Saya berharap semuanya bersabar dan
tabah dalam menjalani hidup ini. Saya benar-benar merasakan bahawa Isu DSAI ini adalah
satu isu yang telah dapat mencelikkan mata rakyat tentang betapa korupnya pemimpin
UMNO/BN. Saya masih yakin dengan keberanian DSAI, dan berdasarkan kepada perpatah
"Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah" saya yakin bahawa DSAI berada
dipihak yang benar !. P*k* M*k pada saya berada di pihak yang salah. Ini jelas dengan
apa yang dikatakan bahawa "P*k* M*k mengaum seperti singa, tetapi apabila
dipanggil untuk menjadi saksi di Mahkamah menikus macam tikus". Apa yang saya
nampak proses mahkamah untuk kes DSAI ini hanyalah formaliti bagi membenarkan
pertuduhan dan tindakan P*k* M*k yang berakhir dengan pemecatan DSAI pada 2 September
1998 yang lalu
Saya sangat berdukacita kerana kes DSAI ini tidak dihakimi oleh
Mahkamah Yang Berotoriti sebagai seorang Islam iaitu Mahkamah Syariah, tetapi oleh
Mahkamah Awam. Ini jelas menepati perencanaan skrip Konspirator !.
Kepada Azizan Abu Bakar bermuhasabah dirilah kamu.
Satu pertanyaan dari saya
"Benarkah Dubur Kamu Ditusuk Oleh Senjata Sulit DSAI"
dan Sukma ? - Jika Tidak Saya Berdoa Semuga KAU DILAKNAT Allah dan memasukkan KAMU ke
Neraka Jahanam. Logiknya, kalau DSAI nak meliwatpun takkan lah Dubur macam kamu dan
Dubur Dr. Munawar Anis jadi pilihan apa yang hebatnya Dubur kamu tu. Banyak lagi yang
elok-elok boleh dicari !!!".
Bagi BA Isu DSAI hanyalah pencetus ("spark") kearah
perjuangan BA dalam usahanya menumbangkan UMNO/BN yang ZALIM ini, dan seterusnya
menegakkan keADILan yang berteraskan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah. 2004
sesungguhnya cuma beberapa tahun sahaja lagi. Untuk itu apakah gagasan BA perlu
lakukan sekiranya ingin memerintah Malaysia ini. Pada saya masanya tidak lama lagi,
tetapi BA perlu bersedia dan bekerja dari sekarang. Integrasi pakatan BA perlu
diperkemaskan. Setiap parti yang menganggotainya perlu membina kekuatan masing-masing.
Empat perkara penting bagi membina sesebuah organisasi ialah: struktur
("structure"), sistem ("system"), teknologi
("technology") dan ahli ("people"). Penumpuan perlu
diberikan terhadap keempat-empat elemen ini tanpa kecuali.
Pada saya elemen "people" (ahli) adalah element yang
amat penting dan perlu diberikan penekanan serius. Elemen struktur, sistem
dan teknologi memang telah wujud tetapi perlu dilicinkan dan diperbaiki bagi mengatasi
"konflik" dan pertindihan jika ada. Berhubung dengan elemen
"people" ini suka saya menyarankan agar usaha penambahan keahlian untuk
semua parti komponen BA dipertingkatkan. Ingatlah sekiranya seseorang itu menjadi ahli
sesuatu parti, persasaan kepunyaan dan komited (istiqamah) secara otomatik akan
menyokong dan memangkah partinya tanpa sangsi. Tetapi sekiranya mereka-mereka ini
tidak menjadi ahli komponen parti BA maka pertimbangannya umpama lalang semasa
pilihanraya. Lebih-lebih lagi apabila masa pihanraya terdapat "carrot" yang
dihulurkan oleh UMNO/BN. Proses menjana keahlian parti komponen BA perlulah di
pertingkatkan dan tempoh masa memproses keahlian perlu dipendekkan. Saya adalah
Ahli Seumur Hidup sebuah parti komponen BA (sebelumnya ahli biasa sahaja). Berdasarkan
tempoh proses menjadi ahli yang dilalui, pada saya ianya mengambil masa terlalu lama.
Pengurusan parti oleh eksekutifnya mestilah effisyen dan effektif dengan bantuan IT
(teknologi)
Pelbagai dan bersiri ceramah-ceramah yang komponen BA lakukan, tetapi
adakah dibuat kajian tentang keberkesanan ceramah-ceramah ini. Jangan habis air lior
dan syok sendiri sahaja tetapi objektif dari ceramah-ceramah ini tidak dapat di capai.
Ini dapat kita buktikan pada pilihanraya yang lepas, kalau dinilai bilangan yang hadir
pada sesuatu ceramah komponen BA pasti boleh menang, tetapi keputusannya adalah
sebalik. Apa sudah jadi ?. Kalau sekadar nak kutip derma untuk tujuan kegunaan parti
saya kira orang ramai akan berpandangan serong terhadap parti kita. Kalau dapat boleh
kita membuat perancangan untuk menambahkan keahlian semasa ceramah tersebut. Kita
perlu pastikan Borang Diedarkan dan followup dibuat dan Borang di kembalikan selepas
ceramah. Pastikan sejumlah yang hadir memohon menjadi ahli. setidak-tidaknya 10% dari
setiap kehadiran ceramah. Tumpun memberikan maklumat kepada khalayak ramai perlu
diberi penekanan. Kita perlu inggat perumpamaan "sebatang penyapu adalah lebih
kuat dari sebatang lidi"
Isu-Isu berhubung dengan rahsuah oleh UMNO/BN perlu kita ketengahkan
lagi. Laporan-laporan polis yang banyak perlu diteruskan. Kita lihat sampai bila PDrM,
AG, BPR, Hakim boleh tahan untuk bersekongkol dengan P*k* M*k, Konspirator dan
Kroni-Kroninya. Yang pasti usia P*k* M*k tu dahpun sampai kesenja dan menunggu malam
sahaja, begitu juga mereka-mereka pengundi-pengundi UMNO/BN totok yang sewaktu
dengannya, tak lama lagi jalanlah mereka tu. Tetapi bagi komponen BA kita mempunyai
satu angkatan pemimpin yang muda dan bertenaga. Bagi UMNO/BN angkatan muda mereka
terdiri daripada "podan siam" dan "kanak-kanak" yang tidak
betelor, lemah-lembut dan belum baligh. PAS saya kira boleh mengekalkan sokongan orang
Melayu, KeADILan dan PRM boleh menarik ramai penyokong dari pelbagai bangsa. DAP
perlulah memperkemaskan organisasinya bagi meraih dan mendapat sokongan Bukan Melayu
dengan lebih banyak. Isu yang dimainkan oleh MCA dan MIC perlu dijadikan sebagai isu
yang perlu di "counter attact" dengan bijaksana. Penjelasan berhubung
keburukan UMNO/BN perlu diberikan sehingga ke peringkat akar umbi.
Insyallah, pada 2004 nanti kita tidak perlukan, Eusoff Chin Chau ,
Ariffin Joker Puaka, Paul Hacks sebagai hakim. Rakyat sendiri akan menjadi hakim dan
memberikan "vedict" muktamadnya memilih BA yang menegakkan keADILan dan
meruntuhkan BN yang memperjuangkan keZALIMan.Bersamalah kita semua menjana kemenangan
BA!.
Lawan Tetap Lawan
Membangun Bersama Islam
rakyat-hakim-negara@freeanwar.com