MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

WAHAI PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG DI HORMATI...

Lakukanlah sesuatu demi menegakkan keadilan di bumi Malaysia. Apakah dengan keputusan JUDGEMENT DAY, kita harus juga "mendiam"kan diri. Lakukan sesuatu...Inilah masanya. Tindakan drastik (menggunakan istilah Pembaca MR) anda pasti di sokong oleh rakyat yang cintakan keadilan. Apakah kita masih takut dengan segala ugutan MAHAFIRAUN? Atau adakah kita masih bersikap "oh kesian Anwar" "biarkan lah...Allah akan membalas mereka diakhirat...biarkan, biarkan" "tak ganggu periuk nasi kita sudah lah" "kita masih sempat cari makan"????????? (masih lagi ramai rakan-rakan yang bersikap begini ....ada yang rakan saya juga!)

Selain keputusan BA yang sepatutnya amat drastik kali ini....saya cadangkan:

  1. Sembahyang Hajat beramai-ramai seperti yang telah di lakukan di Stadium di Kelantan. Sesungguhnya DOA mengatasi kekejaman MAHAFIRAUN. 
  2. USUL tidak percaya kepada Perdana Menteri di atas isu-isu rasuah, kroni, dan nepotism. 
  3. Memboikot POLIS yang MAHAKEJAM!

Jikalau sesuatu tidak di lakukan, saya tidak akan terperanjat akan ada individu atau kumpulan yang akan mengambil tindakan tersendiri nanti. Ataupun mungkin tidak...kerana orang melayu tidak seperti BURUH negara kita (orang Indonesia), orang melayu suka jadi pak turut!!! dan tidak apa "attitude". 

DAMAK

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia