SUDAH TIADA LAGI KEADILAN
Editor Notes:
Assamualaikum dan salam
sejahtera..
Sudah tiada apa lagi untuk diharapkan bagi membela keadilan di negara
ini apabila sistem kehakiman sendiri menjadi hamba pelacuran pemerintah. Hakim-hakim
umpama anak-anak ayam yang dibela oleh bapak-bapak ayam yang memerintah negara. Erti
etika, moral dan agama tidak pernah wujud dalam dunia pelacuran sepertimana yang berlaku
pada sistem kehakiman negara.
Penjatuhan hukuman pada DSAI yang bersandarkan
kepada pengakuan seorang penzina seperti Azizan terlaknat itu dijadikan asas untuk
menolak segala hujah pembelaan yang rasional, sahih tanpa sebarang persoalan
menggambarkan bagaimana hinanya sistem kehakiman dan para hakim sendiri. Tugas yang
sepatutnya memuliakan pengamalnya menjadikan sehina-hina tugas yang pernah wujud di
dunia ini.
Tiada alasan yang konkrit dikemukakan oleh sang hakim terlaknat itu
untuk membuktikan perbuatan liwat itu benar-benar berlaku. Apa yang ditekankan hanyalah
berat kesalahan liwat tetapi pembuktiannya adalah kosong! 'Mangsa' dalam kes berkenaan
kononnya, tidak pernah diperiksa secara klinikal untuk membuktikan bahawa lubang keramat
jijik beliau telah diliwat. Sebaliknya hanya pengakuan yang berubah-ubah tarikhnya
mengikut selera pendakwa dan tidak konsisten pula yang diambil. Keadilan apakah yang
sebenarnya dipertahankan di mahkamah pelacur ini?
Apa yang jelas di mata rakyat
bukanlah kebenaran hukuman yang dijatuhkan. Sebaliknya ia menyerlahkan kebenaran sebuah
konspirasi jijik yang dirancang sekian lama. Konspirasi yang berasaskan dendam kesumat
dan iri hati sesetengah pihak terhadap DSAI yang dikepalai oleh si mamak jahanam Madey
laknat itu. Tiada perkataan yang dapat ditulis untuk menggambarkan bagaimana hina dan
kotornya golongan ini.
Maka bergembiralah para konspirator dengan
hukuman yang mereka telah tetapkan itu terhadap seorang insan yang tidak bersalah. Pada
anggapan mereka perancangan mereka sudah hampir mencapai matlamat untuk membenamkan
seorang bekas TPM yang berkarisma di penjara hingga akhir hayatnya. Mereka percaya
dengan penjatuhan hukuman itu rakyat yang bebelah bagi dulunya akan mempercayai segala
fitnah yang mereka cipta itu.
Sesungguhnya perancangan Allah akan mengatasi
segala perancangan mereka yang keji itu. Rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan
muslihat mereka apatah lagi untuk mempercayai keadilan dari mahkamah yang hina itu.
Sebaliknya 'kejayaan' mereka itu akan menjauhkan mereka dari sokongan rakyat dan
menjadikan mereka bahan kejian dan sumpah seranah yang tidak berkesudahan. Semoga Allah
melaknati golongan tersebut!
Lihatlah wahai penyokong-penyokong mereka, yang
pernah memangkah lambang dacing yang tidak pernah tepat itu dulu, inilah kejayaan kalian
semua. Berkongsilah kalian dalam saham-saham kejahatan mereka dan berkongsilah bala
Allah terhadap perbuatan terkutuk itu. Bergembiralah selagi hayat masih ada dan
bersedialah mendiami neraka di akhirat nanti.
Kalian sebenarnya hanyalah
balaci-balaci dan pencacai si mamak itu. Dengan sentimen nasionalis yang dimainkan si
mamak yang berdarah India itu, kaum Melayu diperbodohkan untuk menyokongnya, menyokong
kejahatan dan dendam kesumat beliau terhadap seorang lagi Melayu yang sedarah dengan
kalian. Sesungguhnya kalian adalah Melayu yang terlalu bodoh dan tidak pernah belajar
dari sejarah.
Ingatlah dunia ini bulat, hari ini mungkin menjadi milik kalian.
Masanya akan tiba nanti untuk kalian berada di tempat mereka yang kalian pijak dulu.
Ketika itu janganlah pula kalian persoalkan keadilan buat kalian lagi, sebaliknya
hitunglah pembalasan yang bakal kalian tempuhi.
Buat penyokong gerakan reformasi,
kuatkan semangat dan tingkatkan perjuangan. Jangan mengaku kalah, biar satu rebah yang
lain bangun membela. Pastikan kemenangan barisan kita, pastikan kezaliman mereka
dibalas!!!
Sekian, teruskan perjuangan!!!
ALLAHHUAKBAR!!
090800