Dari Omar Mustaffa untuk difikirkan bersama ...
Bangkitlah bangkit!
Mengapa tidur lama sangat?
Di mana dapat mencari negeri yang sekaya negeri kita!
Bangkitlah bangkit!
Timah dimasak sudahlah hangat
Mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita?
Tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat?
Bangkitlah bangkit!
Mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah di tanah kita?
Bijih dan getah! Bijih dan getah!
Inilah jalan kekayaan yang tentu
Hasil negeri kita yang besar dapat di situ
Bijih dan getah! bijih dan getah!
Dari sebab itu bangkitlah bangkit!
Janganlah asyik dengan berjoget
Lihatlah kekayaan Loke Yew Chow Kit!
Hartanya beribu bermilliun ringgit
Segeralah tuan jangan lengah
Segera berbudi kepada tanah
Kerana tanah baik budinya
Lambat laun usaha dan penat kita dibalasnya
(UTUSAN MELAYU, 18 JANUARI 1913)
|