MENGAPA KEPUTUSAN PENDAKWAAN
DITANGGUH KE SELASA
Assalamualaikum wrt. wbt.
Kepada para netter
sekelian.
Berhubung dengan penangguhan keputusan pendakwaan terhadap Dato' Seri
Anwar Ibrahim (DSAI) dari 4hb. Ogos 2000 (Jumaat) ke tarikh 8hb. Ogos 2000 (Selasa), pada
analisa saya adalah seperti berikut:-
A.
Hari Jumaat
1. Ia adalah hari yang
paling mulia di sisi Islam dan umat Islam dan ia adalah penghulu segala hari. Hari
ini adalah adalah hari yang amat dihormati.
2. Pada hari Jumaat
berlakunya peristiwa-peristiwa yang mengikat silatulrahim sesama manusia. Dalam sejarah
manusia pada hari ini banyak dilakukan pernikahan para nabi, rasul dan wali-wali. Di
antaranya
ialah:-
a. Pernikahan nabi Adam dengan isterinya Siti Hawa
b.
Pernikahan nabi Yusuf dan dengan Zulaikha
c. Pernikahan nabi Musa dengan dengan Safrawa
d.
Pernikahan nabi Muhammad s.a.w dengan Siti Khadijah
e. Pernikahan saydina Ali dengan
Saydatina Fatimah
3. Hari Jumaat adalah hari perhimpunan umat Islam dimana setiap
orang lelaki Islam di wajibkan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
B.
Hari Selasa
Hari Selasa adalah berlakunya
kekejaman dan pembunuhan dalam sejarah manusia. Dalam sejarah manusia, antara pembunuhan
yang berlaku pada hari ini ialah:-
a. Pembunuhan Habil, putera nabi Adam a.s. oleh
Qabil.
b. Pembunuhan nabi Yahya dan nabi Zakaria a.s. oleh orang-orang Yahudi.
c.
Pembunuhan tukang sihir Firaun dan Asiah binti Muhazim, isteri Firaun oleh Firaun sendiri.
d.
Pembunuhan nabi Jurjis oleh raja Dardaniyah.
Setelah saya membuat analisa terhadap
peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah manusia dan hari-hari yang kita
lalui ini maka saya membuat satu kesimpulan iaitu:-
1. Hari Jumaat adalah hari yang
mulia. Pada hari ini perkara-perkara yang besar yang diizinkan oleh Allah s.w.t. adalah
perkara-perkara kebaikan. Manakala perkara-perkara yang berkaitan dengan kejahatan dan
kezaliman tidak akan diizinkan oleh Allah s.w.t.. Oleh kerana itu hakim telah menangguhkan
keputusan mahkamah ini kerana keputusan yang akan
diwar-warkan nanti adalah keputusan
yang zalim dan tidak adil. Oleh kerana itu Allah mendorong hakim menangguhkan keputusan
mahkamah.
2. Hari Selasa adalah hari di mana banyak berlaku kezaliman, pembunuhan
dan ketidak adilan. Oleh kerana itu Allah telah melorongkan hakim mahkamah supaya
keputusan itu didengar pada hari Selasa. Perkara ini adalah rentetan daripada sejarah
manusia itu sendiri.
Walau bagaimanapun apa yang penting ialah kita mestilah
berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku di mana sahaja dan
sesiapa sahaja yang melakukannya. Kita hendaklah menghapuskan kezaliman itu mengikut
kemampuan kita.
Sekian, wassalam.