MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

ADILKAH MALAYSIA HARI INI?

Hari ini Selasa 8.8.2000 hari dimana seluruh mata dunia sedang tertumpu kapada kita rakyat Malaysia. Hari in hari di mana Malaysia sedang diadili oleh orang dunia. Adilkah Malaysia hari ini? Hari ini hari penentu samada manusia memilih yang haq atau yang batil. Adakah hari ini, sebagai hari perasmian dimana, rakyat Malaysia yang seramai 22 juta orang, akan di cop sebagai bacul dan bergelar pariah antarabangsa kerana lemah dan tunduk kepada kehendak seorang diktator
gila?

Hari ini seorang anak Malaysia Ariffin Jaka akan jadi masyhur diseluruh pelusuk dunia sebagai hakim. Adakah kemasyhurannya itu harum bak bau kasturi atau busuk bak bangkai yang melingkari seluruh hidup dan zuriatnya? Adakah Ariffin Jaka akan menjadi kebanggaan atau membawa kehinaan kepada seluruh bangsanya? Dan yang paling utama sekali adakah Ariffin Jaka insan muslim yang hanya tunduk patuh kepada titah perintah ALLAH atau kepada seorang manusia yang bergelar Perdana Menteri yang gila kuasa?

Hari ini juga dunia akan dapat menyaksikan seorang lagi anak Malaysia yang sudah masyhur, Anwar Ibrahim, seorang pejuang unggul yang begitu gigih berjuang untuk menjadi khalifah ALLAH yang diredhai. Seorang wira yang sangat kental jiwanya, yang perihatin terhadap kesangsaraan bangsanya disamping berusaha menaikkan imej negaranya. Adakah hari ini, wira ini akan terus dizalimi serta dinafikan kebebasan diatas kesalahan yang tidak dilakukannya? Adakah pejuang ini akan terus difitnah demi menjaga  hati seorang tua yang takut dan bacul itu?

Hari ini juga, jika tiada halangan, kita mungkin dapat melihat betapa kuatnya simpulan kasih sayang dan tali persaudaraan diantara wira dan bangsanya, yang terbit dari keluhuran hati nurani diantara keduanya. Yang terbit dari roh jiwa merdeka.

Dan hari ini juga seluruh alam dapat menyaksikan suatu kelumpuk manusia biru merah, akan menjadi sekumpulan haiwan yang buas dan ganas yang akan menyerang suatu kumpulan yang lemah dan tidak berdosa yang cuma mahu bersama dan menuntut keadilan buat wira yang mereka kasihi dan hormati itu.

Mungkin juga hari ini,hari dimana darah merah para pejuang akan mengalir.....demi mempertahankan hak dan keadilan, kebenaran serta kebebasan diri, nusa dan bangsa!

Sama-samalah kita bersama dunia menyaksikan apakah hari ini merupakan hari sejarah, hari bertuah....

Hari di mana manusia tunduk kepada PENCIPTANYA
Hari keadilan, kebenaran dan kebebasan tercipta
Hari iman mengatasi kuasa
Hari khormatan bangsa dan negara
Hari maruah diri terpelihara
Hari ketamaddun bangsa dijaga
Hari persaudaraan dan kasih sayang bermula
Hari keberanian dan semangat jati diri ada
Hari gembira dan sukaria..
Hari yang membuat diktator tua jadi gila..

ATAU sebaliknya hari ini akan menjadi hari malang dimana...
Hari manusia durhaka kepada yang MAHA ESA
Hari keadilan,kebenaran dan kebebasan terus dinoda
Hari manusia sudah jadi gila
Hari manusia sudah tidak takut dosa
Hari penentu segala bala
Hari segala kebencian melanda
Hari haiwan berupa manusia
Hari mereka akur pada berhala
Hari dimana dendam membara
Hari dimana lunturnya semangat waja
Hari yang penuh derita dan sengsara
Hari diktator tua terus bermaharajalela....

Dan segala ketentuan semuanya milik ALLAH jua.


  Tun Teja
  8/8/000

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia