MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MALAYSIAKINI  WAJIB MENGAMBIL TINDAKAN SERTA MERTA!!


Assalamualaikum WW,

Kepada semua saudara Islam yang saya hormati,
Kepada Editor malaysiakini.


KITA sudah lihat bantahan keras dari netters Islam mengenai  surat Radhakrishnan Muthiah bertajuk  “Do we
need a moral code?” bertarikh August 4, 2000, yang siarkan oleh akhbar internet malaysiakini.

Dari pandangan dari surat-surat pembaca yang tersiar di lamanweb FGR (setakat yang kita lihat), dapat
dirumuskan bahawa bantahan keras dari netters Islam adalah menunjukkan mereka menuntut supaya malaysiakini
melaksanakan satu tanggungjawab kewartawanan berhemah selaras dengan Perlembagaan Negara dan Akta Hasutan yang menegah mana-mana pihak mencerca mana-mana ugama.


Malaysiakini harus bertanggungjawab memperbetulkan keadaan dengan melakukan sesuatu selaras dengan etika
kewartawanan amalan biasa. 

Merujuk bantahan dan pandangan penganut agama Islam di internet (Laman FGR setakat yang ditemui), diharap
(dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang dengan kebesaran junjungan kita Muhammad saw. dan kesucian Islam yang aman) diharap Editor MalaysiaKini melakukan pelupusan (delete) keatas surat terbabit
dengan serta-merta dan meminta maaf kepada pembaca secara terbuka.

Adalah seperkara yang lebih bermaruah jika malaysiakini melakukan seperti yang dituntut itu supaya mengelakkan dari pebuatan yang tidak bertanggungjawab seperti itu tidak berlaku lagi dimasa akan datang.

Umat Islam di negara ini wajib merasa terhina, diperhina, dan rasa kesal dan amat tersinggung oleh
sikap mana-mana sumber maklumat yang sejajar dengan tabiat, karenah, amalan biadap yang tidak beretika,
“anti-sosial’ dan “anti-ISLAM” seperti surat Radhakrishnan Muthiah yang diluluskan untuk siaran oleh editor  malaysiakini itu.

Tuntutan netters membantah keras kerana malaysiakini telah ditakrifkan oleh netters Islam sebagai memulakan
satu agenda menyerang Islam di negara ini andainya berdegil tidak melayan tuntutan netters Islam yang
mengetahui wujudnya rencana/surat Radhakrishnan Muthiah bertajuk  “Do we need a moral code?” bertarikh
August 4, 2000, yang siarkan oleh akhbar internet malaysiakini.

Selari dengan itu, perkara ini akan diperhatikan sehari dua lagi. Andainya tuntutan itu tidak diambil
perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab di malaysiakini, maka terpulanglah kepada pihak berkuasa
kerajaan, mana-mana gabungan sekutu agensi NGO, Jabatan Kerajaan berkenaan, parti-parti politik yang
bertanggungjawab menjunjung kewibawaan Islam (seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara) supaya melakukan sesuatu yang wajar positif bagi mempertahankan keunggulan agama Islam (seperti termaktub dalam
Perlembagaan).

Diharap semua Laman-laman Web yang wujud disini meletakkan “Logo & Slogan” bantahan terhadap
malaysiakini mengikut budi bicara anda.

Umat Islam di negara ini tidak akan menerima agamanya disalahtafsir dan perlekeh oleh bukan Islam yang bebal
dan kufar. Umat Islam tidak mahu menanggung dosa besar sebagai bersekongkol membiarkan satu puak lain
mempersenda agama Islam secara sengaja tanpa diambil tindakan berkesan.

Apa yang ditulis oleh pihak netters Islam adalah rumusan yang hak bagi umat Islam demi mempertahankan
ugamanya. Diharap malaysiakini akan melakukan seperti yang yang tuntut kerana ini adalah hak orang Islam dan
bukan hak akhbar internet  malaysiakini berdegil  atas sebarang apa juga alasan MENAFIKAN hak itu.

Sila letakkan akhbar anda semula ketempat yang dihormati dan sewajarnya .


Sekian. Terima Kasih

Amin Sapiro
7 Ogos 2000.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia