MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

CADANGAN

ASSALAMUALAKUM.

Saya memohon jasa baik saudara untuk menghubungi webmaster ustaz Shamsuri online supaya laman itu tetap dibuka seperti biasa walaupun aktiviti semasa tergendala angkara orang orang yang takut kepada bayangan sendiri. Sebagai pengunjung mingguan laman itu, saya dapati banyak ilmu yang boleh terus disalur ke alam siber. Dengan promosi percuma sekarang, mana mana orang yang tak pernah kenal dan tahu tentang ustaz boleh menuntut dengannya semasa beliau ditahan (mudah mudahan pahala untuk beliau berterusan dan cepat dibebaskan) dan dengan anak murid yang cukup ramai serta pelbagai latarbelakang, apakah usaha yang telah dilakukan ?

Kepada penyokong BN, oleh kerana pemimpin kamu suka berbohong maka semua orang yang bercakap benar adalah musuh. Segala tindakan pemimpin kamu dari hari ke hari semakin membuka pekong sendiri. Apakah kamu masih tidak nampak sedang kami tidak buta kepada kebenaran. Orang nyanyuk itu sekarang bukan masalah kami (BA) sahaja kerana memaksa kami ketawa diatas lawak bodohnya (perkataan sandiwara telah di gam), tetapi juga MASALAH NEGARA ! Insaf dan perbetukan keadaan ini.

Dengan keadaan beliau yang sangat kritikal dari semua sudut, dengan segala kuasa ada pada tangan nya, kita mendedahkan negara kepada keadaan berisiko tinggi. Kami amat menginsafi pada hukum adat nya mahu atau tidak dia (malah kita juga) akan pergi. Apakah kita ingin melihat dia mati diatas kerusi itu dengan meninggalkan Abdullah 'Habibie' Badawi (atau Rafidah 'Celupar' Aziz...??) kesemua masalah tanpa tempoh peralihan yang lebih selesa dalam konteks negara. Memang dia takut turun kerana tidak ada orang Umno yang sanggup melindunginya selepas tarikh itu sedang kami akan mengungkit segala dosa dan nodanya keatas negara ini.

Pesan kepada orang itu, kenapa perlu takut : Baki umur pun tak banyak untuk di penjarakan maka kami akan menumpukan pendakwaan kepada kroni dan anak beranak kamu sahaja.

Lagi satu, memang tak seronok melawan orang tua yang sedang bergelut dengan wawasan 2020 nya yang baru (hasil perkongsian idea Ibrahim 'Katak' Ali dan Samy 'Tol' Vellu) jika anda masih ingat : Misi terjun di matahari di sebelah malam ! (Syy.. jangan gelak kuat sangat nanti kena ISA..!)

Wassalam.
minda_alternatif@hotmail.com

Nota webmaster:
Mengikut maklumat yang ada Ustaz Shamsuri sudah dibebaskan tetapi adalah dipercayai sentiasa dibayangi oleh SB-SB yang lahir bertuhankan Mahathir. Amat malang penahanannya cuba dikaitkan dengan pelbagai isu yang sedang mewarnai politik negara seperti rampasan senjata oleh Al-Ma'unah (ingat ini hanya sandiwara) dan isu Amanat Haji Hadi. Mengikut maklumat yang diterima, akan lebih ramai lagi para alim ulama di negara ini akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Shamsuri Ahmad. Bagaimana pun usah bimbang kerana perjuangan menegakkan agama adalah nilai paling tinggi 'jual beli' yang berlaku dalam sejarah peradaban manusia di dunia ini. Tiada lain yang lebih berharga buat semua manusia, kecuali mereka tidak menyahut seruan jihad fisabilillah.

Diharap saudara dapat memahamii situasi Ustaz Shamsuri ketika ini dan beliau pasti tidak akan membuat kenyatan terbukan mengenai penahanannya. Sementara laman itu aktif kembali (bukan kerana takut) lawatilah lain-lain laman yang sinonim dengan perjuangan menegakkan syariat Islam. Suatu keistimewaan pada agama Islam ialah ianya anda boleh hayati di mana-mana, selagi manusia mengaku adanya Tuhan!!

 

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia