MAHATHIR KE KONVENSYEN ISNA CHICAGO
Mengikut perancangan awal, Mahathir telah dijemput untuk berucap di hadapan para peniaga
dan pelabor Muslim Amerika sempena ISNA International Business and Trade Fair (IBTF)
yang Pertama di Chicago pada 2 September mendatang ini.
Sehubungan dengan itu
sebuk habislah ulamak-ulamak UMNO siapkan satu ucapan "bergeliga" untuk
disampaikan pada hari itu sebagai usaha memertabatkan Mahathir sebagai Bapak segala
ulamak moden yang tidak ada tolok bandingnya dewasa ini. Biro yang menguruskan
Kelab-Kelab UMNO seberang laut pun sudah
diarah menghidupkan semula kelab-kelab yang
mati untuk menyambut Mahathir. Penyambung nyawa terpenting ialah duit, dan duit jugalah
akan deras mengalir ke kelab-kelab tu setelah 2-3 tahun tak diberi sebarang peruntukan
dari UMNO KL.
Eloklah kita sama-sama beri maklumat kepada saudara-saudara kita di
Amerika sana supaya berhati-hati terhadap "ular" bernama Mahathir yang
bersifat munafik ini. Pelajar-pelajar Malaysia di US pun perlu bertindak cergas supaya
Mahathir "terperangkap" dan di "bogelkan" di konvensyen itu.
Kepada
yang berkelapangan elok sampaikan maklumat-maklumat mengenai siapa sebenarnya Mahathir
ini kepada:
IBTF Chairman, Talat M. Othman /
IBTF Secretary,
Mohamed Fayez Aloulu
tel. (317) 839-8157 ext. 230
fax. (317) 839-1840
email
IBTF@ISNA.NET
web
site http://www.isna.net
Abang Kenyalang