MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SUHAKAM alahai.....

ucop demo

Aku baru menonton rancangan Global yang disiarkan oleh TV2 Radio Television Mahadead (RTM) secara langsung sebentar tadi. Topik nya cukup menarik...pasal hak asasi manusia. Salah seorang panel adalah Tan Sri Dato Haji Annuar Dato Haji Zainal Abidin....seorang deputy dari SUHAKAM.

Keseluruhan perbincangan adalah seperti yang tersedia maklum...masing masing seolah olah 'reserved' untuk memberi pendapat. Masing masing melalut soal educate the public, funding to SUHAKAM, part-timer commisioner, human values, environment rights dan sebagainya..... seolah-olah terlupa soal pencabulan hak asasi manusia untuk berhimpun secara aman. Sehingga lah satu panggilan telefon dari Mr. Siva, Kuala Lumpur yang mempersoalkan kenyataan SUHAKAM tentang perhimpunan secara aman. Soalan ditujukan kepada Tan Sri Dato Haji Annuar yang mempersoalkan sejauh mana keikhlasan SUHAKAM membuat kenyataan bahawa berhimpun secara aman oleh penyokong DSAI pada 4 Ogos adalah mematuhi asas hak asasi manusia? Jawapan Tan Sri terlalu ringkas....dan beliau menyatakan "SUHAKAM mengeluarkan kenyataan membenarkan penyokong DSAI berhimpun secara aman tetapi TERTAKLUK KEPADA UNDANG UNDANG YANG SEDIA ADA". Alahai....sah SUHAKAM tidak ikhlas. Ini bermakna...kerja SUHAKAM hanya suka suka keluar kenyataan TETAPI tidak boleh menjamin hak asasi itu dipertahankan dan dilindungi. Dalam lain perkataan, SUHAKAM seolah olah setuju dengan Akta Polis yang melarang rakyat berhimpun walaupun akta ini terang terang mencabuli hak asasi rakyat untuk meluahkan pandangan. Atau lain perkataan...SUHAKAM rela kita di tangkap di atas alasan kita berhimpun secara aman tanpa PERMIT polis. Sebab itu lah SUHAKAM masih BERDIAM DIRI walaupun satu dunia tahu bahawa 7 orang telah ditangkap...tiada bantahan dan tiada kutukan dari SUHAKAM.

Soalnya, apakah tujuan SUHAKAM ditubuhkan seandainya asas hak asasi manusia iaitu kebebasan bersuara pun tidak boleh di pertahankan dan dilindungi.

Walaupun Tan Sri menyatakan....SUHAKAM adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana ahli politik...tetapi jawapan Tan Sri dalam rancangan Global adalah sebaliknya.

Dan...tak sabar kiranya untuk mendengar sendiri dari mulut Tuan Pengerusi Tan Sri Musa Hitam mengenai apa yang telah di nyata kan oleh Tan Sri Dato Haji Annuar ini....

SUHAKAM oh SUHAKAM.....suci dalam debu rupanya...

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia