MASA DEPAN DAP
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Kenyataan
kontroversial Setiausaha Agung DAP mengenai kemungkinan menarik diri daripada pemuafakatan
BA sangat menarik perhatian saya. Terlebih dahulu, ingin saya perjelaskan bahawa saya
bukan jurucakap mana-mana pihak samada DAP, PAS apatah lagi UMNO. Segalanya adalah atas
kapasiti peribadi saya semata-mata.
Bagi saya, DAP tidak perlulah terlalu risau
akan nasib masa depannya sekiranya ia bersama BA dan PAS. Ini
kerana kebimbangan DAP
itu apabila dikaji tidak mempunyai asas yang kuat.
Contohnya, isu tudung dan
kaunter berasingan di Terengganu. Setiausaha Agung DAP bimbang isu seperti
ini boleh
memberi kesan kepada minda rakyat bukan Islam atas platform hak asasi manusia. Tetapi ia
hanya
satu kebimbangan tidak berasas kerana jelas bahawa sehingga sekarang tidak ada
satu survey pun yang
melibatkan rakyat bukan Islam di Terengganu sendiri dibuat yang
boleh menyokong kebenarannya, sebagaimana
yang pernah diucapkan oleh seorang penulis
malaysiakini sebelum ini.
Pihak yang mula-mula menggembar-gemburkan isu ini pada
awalnya ialah media kerajaan. Kemudian pihak DAP
bimbang isu tersebut bakal
mempengaruhi penyokongnya. Apakah sudah hilang kematangan DAP apabila berita
daripada
media penghasut seperti itu mahu dijadikan alasan untuk bimbang dan seterusnya mengambil
langkah
drastik untuk memikirkan kembali muafakatnya dengan PAS?
Tambahan pula
media kerajaan itu tidak pula menyebutkan bahawa isu tudung itu sebenarnya bukan satu
arahan kerajaan Negeri Terengganu, ia cuma satu nasihat dan galakan daripada Menteri
Besarnya sahaja, sesuai dengan tuntutan Al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam.
Kalaulah ianya satu arahan rasmi kerajaan negeri yang termaktub di dalam enakmen
undang-undang negeri, sudah ramai wanita Islam di negeri tersebut diberitakan telah
ditangkap oleh pihak penguatkuasa agama.
Tetapi peliknya sehingga sekarang, seorang
pun masih belum diberitakan tertangkap lagi. Apakah kesemua wanita Islam di Terengganu
sekarang sudah memakai tudung kerana takutkan "Arahan" tersebut? Hebatlah
kalau
begitu! Apakah Setiausaha Agung DAP tidak merasa perlu untuk menjelaskan kedudukan
sebenarnya tentang "arahan" tersebut kepada rakyat bukan Islam di negara ini
selain daripada menjadikannya alasan untuk
berpisah daripada BA?
Saya turut bersetuju dengan pendapat Jane Chew
walaupun saya tidaklah begitu "marah" terhadap DAP
sebagaimana beliau.
Hakikat bahawa trend politik hari ini sudah berubah corak daripada bersifat satu-kaum
tertentu
kepada politik pelbagai kaum. Walaupun saya tidak pasti setakat mana kaum muda Cina dan
India
menyertai keADILan dan PRM serta NGO, tetapi minat tersebut memang sudah
kelihatan. Kemungkinan bahawa anak muda bukan Melayu akan lebih memilih kedua-dua parti
tersebut daripada memilih DAP tidak boleh dipandang ringan oleh DAP.
Daripada corak
perjalanan pilihanraya umum yang lalu juga, kita dapat melihat betapa jentera pilihanraya
DAP banyak bergantung kepada tenaga daripada parti lain seperti PAS, keADILan dan PRM.
Bahkan pernah
dilaporkan di malaysiakini dan laman lain juga bahawa di tempat-tempat
tertentu yang ditandingi DAP langsung
tidak terdapat tenaga penggerak daripada parti
tersebut melainkan dua tiga kerat sahaja, dan bilik gerakannya juga sangat dhaif kalau
mahu dibandingkan dengan bilik gerakan komponen BA yang lain.
Ini ditambah pula
dengan..
Nota
webmaster:
Artikel ini dikirim separuh sahaja. Bagaimana pun untuk makluman
penulis kembali semalam Lim Kit Siang sudah mengumumkan bahawa DAP tidak akan bercerai
talak satu dengan BA. Bahkan mereka akan teruskan komitmen dengan BA. Isu yang saudara
maksudkan itu hanya digembar-gemburkan oleh pihak media untuk memburuk-burukkan polisi
kerajaan PAS Terengganu. Biasalah.. sudah kalah undi di sana, macam-macam perkara mereka
lakukan untuk menjatuhkan Terengganu.
Rasionalnya
kita kena lihat Terengganu di bawah kerajaan PAS bertekad untuk melaksanakan syariat
Islam dalam semua perkara termasuklah sistem pentadbiran kerajaan negeri. Usaha ini
patut disokong oleh semua umat Islam. Jika bukan Islam pun dapat menerima cara Islam,
amatlah memalukan bagi yang mengaku Islam tapi memperlekehkan ajaran Islam itu sendiri
dengan berbagai alasan..negara majmuk lah.. Islam mundurlah ... apa errti Islam jika
negara mundur kata Abdullah Badawi sebelum pilihan raya November tahun lalu!!