MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SEJARAH PASTI BERULANG

Buat para pejuang kebenaran, khususnya kepada para webmaster

Telitikan semula lima ayat pertama dari mushaf al-Quran agar kalian mendapat petunjuk, ketenangan, dan kesabaran kerana sesungguhnya Allah berpihak kepada kalian.

Ayat 1:    Alif Laam Miim.

Ayat 2:    Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.

Ayat 3:  (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka.

 Ayat 4:    dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat.

 Ayat 5:         Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

  

Perhatikan dua ayat yang berikutnya supaya menambah kekuatan dan istiqamah kalian kerana  apa yang kalian harap dan perjuangkan, pada hakikatnya merupakan suatu ilusi perjuangan yang cenderung ke arah kegagalan.  Di sinilah ungkapan yang meletakkan tingginya nilai kesabaran.

Ayat 6:         Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman.

Ayat 7:    Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup.  Dan bagi mereka siksa yang amat berat.

Perjuangan kalian menjadi bertambah sukar jika diteliti ayat-ayat seterusnya yang berkisar kepada puak-puak munafik (adakah termasuk juak-juak Umno?).  Teguran-teguran kalian akan dibalas dengan jawapan yang steriotaip seperti jawapan-jawapan golongan jahiliah, penentang nabi dan rasul dahulu kala.

Ayat 8:    Di antara manusia ada yang mengatakan, "kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang beriman.

Ayat 9:         Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar.

Ayat 10:  Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.

Ayat 11:  Dan bila dikatakan kepada mereka, "jangan kamu membuat kerosakan di muka bumi".  Mereka menjawab, "sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan pembaikan".

Ayat 12:         Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.

Jika kalian teruskan pembacaan selanjutnya, akan kalian temui ceritera sejarah yang berulang, bukannya jauh di pendalaman padang pasir yang tandus dengan penduduk yang primitif akal budinya,  tetapi ianya berlaku di hadapan mata, di sebuah negara Islam yang (kununnya) menjadi contoh  di kalangan negara Islam seantero dunia.

Sejarah akan berulang dan berulang lagi.  Pejuang-pejuang seperti kalian akan terus muncul.  Malah ramai di kalangan mereka dibunuh dan disiksa, hatta para nabi dan rasul menjadi mangsa perbuatan keji manusia durjana yang wujud zaman berzaman dan kini menjadi giliran kita pula………………….  

Bomohdin

Nota webmaster:
Memang dalam ajaran Islam yang mulia, ditekankan kita untuk mengkaji sejarah para anbia dan sahabat sewaktu mereka mengembangkan ajaran Islam. Justeru itu ada manusia yang taat dan durhaka, ada yang sungguh dan pura-pura. Kita akan berhadapan dengan puak yang menentang Islam, mungkin terdiri dari suami atau isteri, ibu dan bapa atau sesiapa sahaja. Begitulah sejarah yang dilalui oleh junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Sehingga ke akhir perjuangan baginda menegakkan Islam, bapa saudaranya Abu Jahal tetap tidak mahu beriman. Dalam perjuangan ini penekanan terhadap sejarah yang berulang-ulang adalah penting. Justeru itu satu pertiga kandungan Al-Quran adalah sejarah. Jangan kita lupa untuk membaca tafsirnya dan kesempatan ini juga telah diambil oleh Minda Rakyat untuk menyiarkan tafsiran itu sedikit demi sedikit.

 

 

 

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia