" Orang yang beriman CONFIRM
Islam !, manakala orang Islam BELUM TENTU beriman ! ".
Ini ada kebenarannya kerana orang MELAYU ini
kebanyakannya Islam keturunan dan Islam ikut-ikutan malah
adat yang karut marut itu pula diambil sebagai Islam. (Maaf kalau menyentuh perasaan
orang yang tebal mempertahankan keMELAYUannya membabi buta dan membuta tuli - hendak
atau tidak kita harus akui hakikat ini - cubalah renungkan dan muhasabah diri kita).
Mereka mengaku sahaja Islam tetapi tidak menghayatinya kesyumulan Islam itu. Mereka
tidak menjadikan ISLAM itu sebagai cara hidup. Mereka ini kebanyakannya menganut
Agama Suku !, Mereka ini berfikiran Sekular sering memisahkan agama dari
perkara-perkara dalam kehidupan ini. Lihat sahajalah baru-baru ini ada seorang
menteri MELAYU (Mestilah mengaku ISLAM tetapi keimanan boleh dipersoalkan di atas
tindakannya itu) telah bercadang mengemukakan satu Kertas Kerja di Parlimen untuk
membuang nama ISLAM dalam PAS yang jelas memperjuangkan ISLAM yang sebenar kerana
parti tersebut jelas mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan dan
pegangannya. Jelas mereka mempunyai maksud kepentingan politik, mereka ini
memberikan pendapat mereka mengikut Kepala Otak phd (perasaan hasad dengki) mereka
sahaja tanpa merujuk kepada dalil-dalil naqli.
Agama pada mereka hanya meliputi bab Sembahyang
(Itu pun ada yang mereka buat dan ada yang mereka tinggal, dan jangan terperanjat
kalau ada yang langsung tak tahu sembahyang dan tidak sembahyang. Contohnya orang
sibuk sembahyang Tarawih di malam bulan puasa di Masjid Subang "orang itu"
sibuk berpesta maksiat menyambut kehadiran millennium di Subang Airport Terminal 1
), bab-bab Puasa (Itu pun ada yang puasa yang yang yok...bila siang buka periuk),
bab Zakat (Itu pun ramai yang tak mengerjakannya, pada mereka harta itu dah jadi Tuhan
mereka), bab Haji & Umrah (Itu pun pembohong besar bila tawaf dan sai dan
sembahyang di Baitullah berikrar nak menegakkan agama Allah, bila balik jadi
Mahafiraun; Al-Quran dan As-Sunnah dipersenda, Rasulullah dan Ulama
diinjak-injak dan "orang itu" berlagak lebih daripada ulama)
bab Haid dan Nipas (Itupun ada yang tak tahu dan tak kira haid ke nipas ke kebas dan
dibedal juga).
Tetapi apabila berbicara bab Aurat, Jinayat,
Aqidah, Akhlak dan Syariah yang dituntut oleh Islam mereka-mereka yang mendabik dada
memperjuangkan Islam ini tanpa segan dan silu bertindak sebaliknya. Contohnya lihat
sahajalah Isu penangkapan 27 orang di Restoran/Pub The Ship baru-baru ini, belum
lagi 27 pesalah yang ditangkap oleh JAIS atas tuduhan menghina Agama Islam kerana
meminum/berada di premise arak dibawa ke mahkamah syariah, 2 orang yang kuat
keMELAYUannya (TPM & MBS) tanpa segan silu tampil mengatakan bahawa tangkapan
oleh JAIS adalah satu kekhilafan, kerana tangkapan di bawah seksyen 10 itu tiada
duluan dalam kes syariah. Memanglah tiada duluan kerana ini adalah kes yang pertama,
kalau kes ini dibawa mahkamah barulah ada duluan untuk kes-kes yang akan datang -
wal-bangang nak-mampus betul mereka ini. Ini tidak, kalau macam ini sampai kiamatlah
tiada duluan untuk tujuan pendakwaan. Lepas itu melalui media mereka mendapatkan
pandangan daripada kalangan artis (Kalau AURAT pun tak dijaga bolehkah kita
iktiraf pendapat mereka ini sebagai pendapat seorang ISLAM dan berIMAN ?) mengenai
penangkapan JAIS itu...mengapa tak rujuk kepada orang yang lebih arif mengenai hukum
hakam Islam seperti ulama kalau mengaku memperjuangkan Islam.
Sekarang ini terlalu banyak perkara yang sudah
terang lagi bersuloh. Perkara yang benar dibuat supaya menampakkan tak betul,
sebaliknya perkara yang jelas mungkar disokong dan didokong sebagai perkara yang
perlu dianggap benar. Entahlah apalah nak jadi dengan Malaysiaku ini. Selagi negara
ini dipimpin oleh poliTIKUS-poliTIKUS, poliTIPU-poliTIPU dan poliTIBAI-poliTIBAI
yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya tidak dalam perlaksanaannya
selagi itulah Malaysiaku ini menjadi Bolehland !!!.
Ya Allah selamatkanlah Negaraku Malaysia ini
Ya Allah. Tegakkanlah keBENARan dan keADILan dan hapuskanlah keZALIMan.
Kepada mereka-mereka ini sukalah saya menyeru
kembalilah ke dalam Islam sepenuhnya, bertaubatlah sebelum terlambat !!!;
"Janganlah mempersendakan
Rasulullah SAW, sebaliknya Taatlah Kepada Rasulullah SAW - Jika kamu Orang Yang
Beriman".
Dari Abi Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW
pernah bersabda;
"Barangsiapa telah mentaati aku,
maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang menderhakai aku, maka
sesungguhnya ia menderhakai Allah." (Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadith ini bagaimanakah kedudukan
mereka-mereka yang sering menderhakai Rasullullah SAW.............renungkanlah !!!.
rakyat-hakim-negara@freeanwar.com