Pentingnya Sunnah Rasulullah SAW
Dari
Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika
engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke
petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai
anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia
telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam
syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata:
"Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku,
maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam
riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya
pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)
Thabarani dan Abu
Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra.
bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman
kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan
dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada
sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam
bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)
Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari
Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari
golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada
tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia
dari golonganku.
Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti
Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki
syurga!
Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya:
Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang
mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!
Dipetik dari
Laman Hayatush-Shahabab