MOMENTUM YANG PERLU DISEKAT ...
Hai Pak Amin? What's up?
Nampaknya keputusan perbicaraan
Anwar ditunda...seperti pukat tunda yang memerangkap semua jenis ikan di laut lepas. Dan nelayan
tua itu senyum tersengih...mungkin juga senyum ketakutan kerana terlalu sarat dengan
muatan ikan yang pelbagai macam, dikhuatiri bot akan karam. tetapi apa pun, episod tunda
ini mengesah dan menyerlahkan lagi konspirasi politik Mahathir dan kuncunya terhadap Anwar
dan pengkhianatan mereka terhadap rakyat. dan rakyat makin sedar....
Agenda tunda
menunda memang menjadi amalan ketua keparat seperti Mahathir, yang tidak cekap atau
penipu untuk menutup kelemahan dan mencari helah untuk terus menipu lagi. Saya berpendapat
penundaan keputusan kes Anwar ini sebagai....
- Untuk membuat minda rakyat
terus tertumpu, leka serta sibuk menanti keputusan yang akan dibuat entah bila...dan
dengan ini dapat melupakan buat seketika isu tuntutan agar Mahathir di heret dan didakwa
di mahkamah atas penyalahgunaan kuasanya itu. kalau inilah tujuannya Mahathir silap besar.
bila perkara yang bersangkutan dengan mahkamah, ingatan rakyat lebih segar dan mereka akan
bertanya..kes Anwar sudah selesai, sekarang mereka hendak lihat dan dengar kes orang yang
liat dan takut ke mahkamah iaitu Mahathir sendiri. saya rasa kalau Mahathir di dakwa di mahkamah
rakyat Lagilah seronoknya, itu lebih sensasi dan semua akhbar di alam Malaysia ini habis laku macam goreng pisang panassss.
- Mahathir merasakan arus
kebangkitan rakyat dari semua lapisan sedang bergegar hebat dan dalam top form, makanya
momentum ini perlu disekat. sekurang-kurangnya untuk melarikan tempo gegaran itu. kalau
tidak disekat, silap2 Mahathir sendiri akan dimamah oleh arus itu. tetapi bolehkah manusia
itu menyekat air yang mengalir?
- Mengikut apa yang dihujah oleh Fernando dan
jawapan yang diberi oleh Azizan iaitu star witness kepada pendakwa, terang dan nyata
bahawa kes itu memihak kepada Anwar, dan sepatutnya sudah buang kes dari dulu lagi {orang
yang buta 'law' pun boleh tau}. begitu juga hujah yang dibuat oleh Anwar terhadap Eusoff chin...seolah-olah ketua hakim itu sendiri yang sedang dibicarakan dan bukan
Anwar.
Semua ini menyusahkan Arifin Jaka untuk membuat keputusan yang memihak kepada si mamak
itu. melayu Arifin dalam dilema dan itulah dilema yang didilemakan oleh Mahathir. Kejadian tunda ini memungkinkan
Arifin Jaka dalam proses di turn-over oleh bapa konspirasi
untuk membuat keputusan songsang yang menyebelahi mereka. Ada tanda-tanda yang kemungkinan
proses turn-over ini berlaku, kerana si ketua konspirasi, Aziz Samsudin, (menurut apa yang
dikatakan oleh Ezam malam tadi) sebelum ini, telah memberitahu rakan-rakannya bahawa keputusan
perbicaraan kes Anwar hari Jumaat 4 Ogos ini akan ditunda. ertinya mereka sudah mengetahui
sebelum keputusan dibuat sudah terang lagi bersuluh!!
- Kemungkinan juga
mereka ini sedang mencari dan menyiapkan alasan2 bagi menjustifikasikan keputusan yang
ternyata songsang iaitu memihak kepada pepuak konspirator itu kelak. so they need more
time for that..
I suppose !!
- Perhimpunan yang dijangka hebat..yang mendapat
sokongan dari semua parti pembangkang, pihak NGO, Suhakam serta kumpulan hak asasi
antarabangsa, membuat kes ini menjadi tumpuan dunia. ini, kalau berlaku tentunya amat
memalukan Mahathir yang selama ini telah melalak mengatakan kepada dunia bahawa reformasi
itu sudah lemah. Sebenarnya Mahathir tidak tahu atau pura-pura tidak tahu bahawa reformasi
sudah hadir dalam roh rakyat. hadirnya seperti api dalam sekam. tambahan pula dengan
kebanjiran wartawan luar dan foreign press yang bermula sejak dua, tiga hari dahulu.
Malam tadi saya renung dari jauh wajah Ezam, Azmin,
Tien Chua dan Zunar di Taman Melewar. Terasa di hati saya betapa cekalnya mereka, betapa bertuahnya kita mempunyai anak muda yang
bersemangat waja seperti mereka, semoga lebih ramai lagi yang akan tampil mengikut jejak
mereka ini.
Saya juga dapat merasai keperitan dan kesengsaraan yang mereka lalui
dalam perjuangan yang hebat ini. Hati saya juga rasa terusik apabila mendengar, pagi
semalam para pejuang yang dibelasah dan ditangkap tanpa sebarang kesalahan dilakukan.
sungguh kejam dan zalimnya mereka (polis)....kekejaman dan kezaliman ini akan kekal dalam
lipatan hati dan sejarah bangsa.
Tentunya ungkapan ini akan kita dendangkan
sampai bila2..."ada ubi ada batas..ada budi ada balas. orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa"
Dan hati bagai dijentik apabila
mengetahui ada di antara yang ditangkap itu (wanita) akan menjejak jinjang pelamin pada
minggu hadapan. Begitu juga tangkapan terhadap Lokman Adam yang sepuluh minit sebelum
ditangkap, mengajak Ezam untuk sarapan pagi, tetapi tidak sempat. Apabila dalam tahanan
polis beliau meminta makanan, tetapi hanya ditunjuk kepada air paip sahaja.
Saya mula memikirkan..apakah polis ini manusia atau..?
Adakah mereka ini mempunyai hati
dan perasaan atau tidak? Dan yang paling saya fikirkan adakah mereka ini mempunyai agama
atau...?
Seperti yang ditulis oleh Cicit Tok Gajah dalam
Minda Rakyat... kuasa
hanya bersifat sementara tetapi kebenaran itu bersifat kekal hakiki...and every dog
has it's day. do you agree with me Pak Amin?
Memang benar dalam Islam jika
memilih pemimpin, pastikan seseorang itu tidak mudah tunduk kepada 3 kegilaan...gila
kuasa..harta dan betina (forgive my language). Jika pemimpin mempunyai salah satu daripada
ini maka dia akan terus menjadi gila secara keseluruhan. Dan bila pemimpin gila, rakyat
juga akan terbawa-bawa menjadi gila kalau yang agak waras dan teguh imannya akan mendapat
sakit jiwa...seperti yang sedang dialami oleh sesetengah rakyat kini. Bila lagi agaknya
diktator gila ini akan tumbang?
Entah mengapa Tun tetiba seperti tidak dapat
menyiapkan artikel yang sudah didraffkan..mungkin juga sudah dijangkiti sakit jiwa...huh
nauzubillahiminzalik! As usual artikel Pak Amin memang memiliki kuasa....kuasa penyedar,
penyubur dan pembakar semangat. dan apabila semangat dibakar maka menyalalah semangat
manusia sejati dalam diri insan yang memiliki secebis iman.
Apa pun momentum
rakyat harus dikekalkan...malah mesti ditingkatkan lagi supaya dapat membakar-hanguskan
keseluruhan kegilaan itu.
Tulisan yang hampir sama telah juga saya poskan
untuk MT. Pak Amin dan MT adalah dua gandingan nama yang mantap dan sumber inspirasi para
pejuang. I salute both of you.... WM Minda Rakyat dan PW Feu, you too.
Oh! ya Pak Amin, apa kabar? Sihat....diharap Pak
Amin terus berwaspada dan sentiasa dalam
lindungan ALLAH ... Kay pak Amin, that's all for now. Assalamualaikum.
Tun
Teja
5/8/000