MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

TEGURAN BUAT WEBMASTER

Assalamualaikum;

Saudara MR.

Hari ini saudara telah melakukan sedikit kesilapan dan kurang penelitian menyiarkan maklumbalas saudara Mohd Azman Harun terhadap kenyataan yang dibuat oleh Saudara Ezam. Secara simboliknya saudara telah terpedaya oleh sikap munafik juak-juak Umno yang senantiasa mencari ruang untuk merobohkan pendirian istiqamah para pejuang keadilan negara dan penyokong-penyokongnya.  Tidakkah saudara sedar bahawa dengan tersiarnya maklumbalas tersebut akan menzahirkan perkara-perkara berikut:

  1. Keraguan tentang sikap dan perjuangan Keadilan yang dikatakan menyamai sikap dan perjuangan Umno yang busuk, lagi membusukkan itu.  Apa yang (kununnya) berlaku kepada Mohd Azman disimpulkan sebagai mencermin keseluruhan perjuangan Keadilan.  Dapatkah pengunjung Laman MR menganalisis perkara ini dengan wajar?.  Malah inilah yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin "bertanduk" Umno yang senantiasa mahu menerapkan budaya busuk di mana jua;

  2. Kalaulah segala peristiwa yang dikatakan oleh Mohd Azman itu benar (Nota: maaf, saya sendiri tidak akan mempercayai orang-orang yang tidak berpendirian sebegini), bolehkah kebusukan peristiwa ini dibandingkan dengan kejijikan yang dilakukan oleh manusia-manusia berhati binatang yang terdapat di dalam UMNO seperti menghina agama dan ulama dan menindas rakyat? (nota: maaf, kerana menggunakan bahasa yang "manis" begini untuk mereka, kerana Allah sendiri memberikan perumpamaan sedemikian malah lebih hina dari itu kepada golongan seumpama ini).

 

Kepada saudara Mohd Azman, langkah kamu adalah amat sumbang.  Walaupun, dipermulaan dan akhir kata-katamu kamu menggunakan kalimat Allah, namun bagi kami, orang-orang kafir juga mampu berbuat demikian.  

Langkah sumbangmu kembali ke alam "kegelapan" setelah Allah menawarkan "cahaya terang" menunjukkan sikap kamu yang meloyakan itu, malah lebih teruk dari juak-juakmu yang masih teraba-raba dalam kegelapan.  Sikapmu yang sudi menjilat semula najis-najis yang ditabur oleh pemimpin-pemimpin kamu sebagai alternatif dari menjilat sesuatu yang kamu sangka najis menggambarkan sikap kemunafikanmu.  Bukankah banyak alternatif lain yang jelas kebersihannya yang boleh menjadi pilihan?  

Kembali kepada PAS umpamanya (Nota: maaf kerana berkempen untuk parti sendiri).  Mengapa kembali kepada yang "itu".  Kamu cuba menonjolkan perjuangan sucimu (kununnya), tetapi keseluruhan hujahmu adalah berkisar kepada perebutan pangkat dan kedudukan sepertimana tabiat buruk pemimpin-pemimpin Umno yang senantiasa menyingsing lengan di antara satu sama lain untuk mengejar kebendaan.  

Akhirkata, Mahadead @ Mahafiraun @ Mahazalim @ Cik Det Mamakutty akan menyanjungmu sebagai "wira dunia keempat" (Mahadead tidak suka sesiapapun menyamainya) kerana berjaya menembusi laman perjuangan rakyat dengan "celoteh tipu" kamu dan tunggulah limpahan projek untuk kamu bagi mengisi perutmu yang penuh najis yang busuk lagi membusukkan itu.

Bomohdin  

Nota webmaster:
Saudaraku Bomohdin. Pertama sekali saya mengucapkan jazakumullah dengan 'teguran' yang saudara tujukan buat saya. Al-maklumlah sebagai insan lemah saya tidak terlepas dari tipu daya musuh (mungkin syaitan bertopengkan manusia, itu mungkin tepat).

Namun hakikatnya antara saudara dan Azman Harun saya saling tidak mengenali saudara berdua. Kita hanya disatukan melalui perjuangan yang serupa. Namun kita hanya manusia biasa. Kita tidak boleh angkuh dengan perjuangan kita hari ini kerana telah ditakdirkan kita sebagai 'tentera Allah'. 

Namun esok kita belum tahu? Jika Allah hendak menarik kembali hidayah yang ada dalam hati sanubari serta keimanan kita, maka itu mungkin pasti terjadi. Kun fayakun! Apakah saudara hendak menafikannya?

Justeru itu kita dianjurkan berdoa senantiasa agar keimanan dan hidayah yang dibekalkan oleh Allah s.w.t. berkekalan hendaknya. Disamping kita menjaga dan memelihara kemantapan iman kita hendaknya jangan kita lupa saudara kita. Tambahan mereka yang suatu waktu dulu adalah rakan seperjuangan kita dan pernah turut berbangga mendaftarkan diri sebagai tentera jihad Allah. Namun percayalah saudara, kita hanya manusia biasa. Lihatlah apa yang terjadi kepada Ustaz Nakhaie Ahmad?

Menginsafi ketelanjuran dan kelemahan manusia, maka saya menyiarkan surat jawapan Azman yang saya tahu beliau ada sedikit 'dusta' dalam percakapannya. Namun jika saya tidak siarkan mana saudara tahu Azman mungkin seorang pendusta?

Perjuangan ini bukan milik sesiapa. Perjuangaan yang jitu dan mantap adalah kesempatan untuk kita menunaikan tanggungjawab 'amanah' yang tidak mampu dipikul oleh semua makhluk. 

Dalam hal ini, saya berpendapat tidak rugi kita mendengar penjelasan Azman. Lagipun kita sudah cukup matang untuk menolak sebarang kata fitnah yang tersembunyi. Namun jika tiada teguran yang membina, apakah mungkin kita berdiri di landasan yang benar?

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com