MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

POLITIK KETAKUTAN DAN KEBEBASAN BERHIMPUN

Oleh :Dr Rahim Ghouse

Semalam , Seperti biasanya stesen TV3 telah mula memainkan peranannya  dengan menyiarkan tragedi 13 Mei 1969.Berita ini telah menyiarkan bagaimana berlakunya rusuhan di jalan raya, kereta dibakar serta beberapa bangunan dibakar oleh pihak yang merusuh di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.

Sebenarnya stesen TV3 adalah merupakan satu stesen televisyen yang utama di antara beberapa stesen TV yang ada , dan ianya pula merupakan stesen TV yang dimiliki oleh UMNO, sebuah parti utama dalam  kerajaan yang memerintah  Barisan Nasional ,  seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan beritanya.

Jelasnya gambaran yang cuba diketengahkan oleh stesen TV berkenaan ialah bagaimana berlakunya ketegangan antara kaum  beberapa tahun yang lampau yang ada dalam sebuah negara yang mempunyai berbilang bangsa ini. Jika pendedahan ini dilakukan oleh orang-orang yang diluar dari  parti UMNO, pastinya ianya tidak akan dilepaskan  oleh pihak kerajaan dan didakwa di mahkamah, sama seperti apa yang menimpa  Marina Yusoff ,dimana   beliau sedang berjuang bagi membebaskannya dari akta hasutan yang disabitkan ke atasnya di mahkamah  Pulau Pinang. Jika beliau didapati bersalah ,  hukuman penjara sedang menantinya.

Stesen TV3 juga telah mendedahkan dan menyiarkan bagaimana tragedi di Sauk dan cuba pula mensabitkannya dengan sebuah parti  dan betapa “bahayanya Islam”. Ia juga cuba menjelaskan mengenai tragedi dimana berlakunya  kecurian senjata yang dilakukan berkemugkinannya adalah dari parti pembangkang. Ia juga turut menjelaskan bagaimana  rakyatnya harus menjauhinya dan inilah yang akan berlaku kelak  , jika diadakan sebarang perhimpunan.

Berita TV3 itu sebenarnya cuba menjelaskan kepada rakyatnya bahaya berhimpun di jalan raya dan ianya boleh mencetuskan semula peristiwa 13 Mei seperti yang  lampau. Mereka juga cuba memberi amaran betapa rakyat yang pergi berhimpun sebenarnya memberikan risiko akan tercetusnya peristiwa 13 Mei jika mereka terus berhimpun pada 4 Ogos ini untuk menyokong Saudara Anwar   Ibrahim.

Jelasnya kerajaan Barisan Nasional cuba menghalang penyokong Anwar Ibrahim betapa bahayanya  berdemonstrasi di jalan raya pada Jumaat 4, Ogos 2000 , dan betapa mereka menggunakan isu perkauman dalam menangani permasalahan ini. Parti pemerintah sebenarnya cuba memainkan isu perkauman seperti mana yang berlaku dalam pilihanraya 1999 yang lepas.

Peranan pemerintah sebenarnya cuba memburukkan keadaan dengan menjelaskan bahawa para penyokong Anwar dan sokongan terhadapnya akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan.. Dr Mahathir telah menjelaskan bahawa modus  operandi yang cuba dijalankan oleh Anwar Ibrahim adalah  dengan mengadakan demonstrasi jalanan  , kebebasan bersuara dan berusaha pula untuk mewujudkan keadaan ketidakstabilan dalam negara.

Kerajaan Mahathir juga cuba menerangkan bahawa sekiranya sokongan diberikan kepada pembangkang , ianya membawa makna bahawa sokongan kepada  Islam. Dan Islam adalah bahaya kepada kehidupan kaum bukan Islam .  Ianya bukan sahaja akan merosakkan, malah akan wujudnya huru hara dalam negara. Bagi Mahathir, sesiapa sahaja yang cuba  menjadikannya sebagai  seorang wira Islam dalam  dunia Islam, dan bersuara sesuatu ianya tidak akan diambil  sebarang tindakan.

 Sekretariat Kempen Pembebasan Anwar  ingin menjelaskan kepada pemerintah bahawa cara yang digunakan dengan menakut-nakutkan rakyat serta cuba pula memainkan isu perkauman sebenarnya menakutkan rakyat berbilang bangsa dalam negara. Kempen Pembebasan Anwar Ibrahim tidak akan melupakan dan memaafkan suara-suara yang seperti ini, dan kehidupan manusia yang aman , malah akan terus berusaha bagi mencapai objektif nya dalam menegakkan keadilan dan kebebasan bersuara rakyatnya dalam keadaan aman dan tenteram.

Kempen Pembebasan Anwar juga menegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak seharusnya  meletakkan   cara tipu muslihat yang dijalankan pemerintah kerana mereka telah di  jamin dalam Perlembagaan untuk berhimpun sebagaimana yang terkandung dalam perkara 10, bahawa rakyat adalah dibenarkan untuk berhimpun secara aman  ,  di hadapan mahkamah pada 4 Ogos 2000.

Terjemahan: Mohd Suffian Salleh

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com