Rancangan rakyat untuk berhimpun pada 4 Ogos telah membuatkan bulu roma Mahathir meremang. Perhimpunan dicadang dan diusahakan secara sukarela tanpa
upah. Tidak seperti perhimpunan UMNO yang mengambil masa berbulan untuk
dirancang dan memakan kos berjuta, tapi hasilnya hancus. Sambutan
perhimpunan rakyat ini diluar dugaan Mahathir dan badut-badutnya. Berita
perisikan polis dan tentera sangat membimbangkan Mahathir; terutama bila ada
khabar yang bekas tentera akan ambil kesempatan membalas dendam bila Askar
Melayu dimalukan di Peristiwa Sauk.
Ditambah pula dengan kebijaksanaan Anwar menempelak Eusoff Chin di Mahkamah
Persekutuan dua hari lalu. Ramai lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang lain
tapi, seperti yang kita sedia maklum, Eusoff mesti akan sibuk duduk
bersidang. Lain-lain kes Anwar pun nanti bila tiba di peringkat ini, Eusoff juga yang timbul. Kalau tak pun akan mesti ada Wan Adnan bersama hakim
Mahkamah Rayuan yang naik pangkat serta merta sekejap hanya untuk kes itu,
seperti Lamin, Firuz, G Sri Ram dan Mokhtar Sidin. Satu dunia dah tahu
apa keputusannya nanti. Tahniah pada Anwar kerana berjaya membuktikan kepada
rakyat yang Eusoff Chin memang tak layak jadi hakim pun, jangankan ketua
hakim, dan dia sememangnya adalah raja badut Mahkamah Mahathir.
Dalam pada itu ramai rakyat telah menduga kemungkinan Arifin Jaka diarah
oleh Mahathir supaya menangguhkan membaca penghakiman yang dah lama
tersedia itu. Beberapa orang turut menyumbang kepada penyediaan
penghakimannya. Arifin cuma tukang baca selepas nyaris-nyaris terkena
"pukulan maut" peguam-peguam semasa jadi referi perbicaraan dulu. Tak layak
disebut "menghakimi" kes sebab ilmu prosedur dan tata cara mahkamah pun dia
tak cekap; law student ITM pun lebih pandai lagi dari dia.
Rakyat jangan leka dengan penangguhan ini. Mahathir akan cari masa sesuai
untuk arahkan Arifin baca keputusan itu. Kemungkinan besar on a very short
notice supaya rakyat tak sempat bersedia turun Mahkamah. Di samping Mahathir
harap rakyat akan terlupa perkara itu bila tempoh yang diambil terlalu lama.
Namun rakyat jangan sekali-kali lupa kezaliman yang sedang dilakukan
terhadap Ustaz Shamsuri dan Ustaz Fahmi di Utara sana. Kalau mereka lakukan
kesalahan seret mereka ke muka pengadilan. Jangan tangkap sembunyi-sembunyi.
Kemudian didera dan diperlekehkan oleh polis. Rakyat mesti bangun menentang
kezaliman ini. Orang-orang kesayangan Mahathir seperti Rahim Thamby Chik
perogol bersiri, Muhammad Md Taib penggondol duit yang berani dan Rahim Nor
juara pukul orang bergari, semuanya lepas tak berjentik pun. Adakah mereka
ini lebih baik dari ulama disegani itu? Kalau rakyat tidak bertindak
sekarang, bukan mustahil tak lama lagi, diri mereka sendiri dijadikan mangsa oleh Mahathir dan kroni.