MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

PENANGGUHAN ATAU UBAH STRATEGI

Salam Sejahtera Pembaca Budiman

Bertemu kita kembali dengan izin ALLAH SWT.

Malam ini kita di maklumkan dengan satu berita yang penuh mendebarkan dan kesangsian.

Penangguhan keputusan perbicaraan SDR ANWAR IBRAHIM. Perkara ini bagi saya telah dijangkakan bila pendakwaan terhadap AL-MA'UNAH di ubah kepada penahanan ISA.

Ini adalah bukan pertama kali penangguhan dibuat. Di manakah letak kewibawaan mahkamah sebenarnya di kaca mata rakyat. Begitu juga dengan kewibawaan pihak polis dan BPR.

Telah banyak laporan dibuat terhadap Mahathir Mohamed. Sehingga kini tiada satu pun yang berada dalam siasatan. Adakah berkemampuan pihak POLIS untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Bagi saya sebagai rakyat Malaysia , amat malang sekali bila MAHATHIR MOHAMED yang mendakwa mempunyai bukti kukuh tidak berani menjadi saksi di mahkamah.

Jelas segala dakwaan beliau hanya rekaan semata. Ini menunjukan ketelusan pimpinan beliau tidak seperti diucapkan.

Di manakah boleh timbul berkaitan keselamatan negara ???. Rakyat masih bergerak seperti biasa. Cuma di kedai-kedai kopi memberikan senyuman kambing terhadap berita yang di siarkan.

Adakah keselamatan beliau atau rakyat jelata yang di bimbangkan ???. Sampai bila pemimpin UMNO hanya sebagai Pak Angguk kepada Sang Presiden parti.

Jangan sampai rakyat menjadi meluat yang teramat sangat ....


Anak Malaysia


Ada kalanya saya terfikir akan keselamatan SDR ANWAR IBRAHIM jika berada di luar. Tentu menjadi sasaran utama pada musuh-musuh beliau.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com