MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Hackerzparadize Editor Notes:

ISU PENAHANAN USTAZ SHAMSURI AHMAD DI BAWAH I.S.A DAN NEGARA ISLAM

Assamualaikum dan salam sejahtera..

Mengulas berita penahanan Ustaz Shamsuri di bawah ISA baru-baru ini yang turut disahkan oleh 'orang dalam' yang rapat dengan ahli hackerzparadize, kami berasa amat sedih dan marah teramat sangat dengan tindakan tidak wajar oleh pemerintah yang mendabik dada mengaku melaksanakan syiar Islam di negara ini.

Apakah bentuk kesalahan Ustaz Shamsuri yang membolehkan penggunaan akta kuku besi itu untuk menahan beliau. Bahaya macam manakah yang boleh dicetuskan dari seorang pendakwah Islam terhadap negara ini? Sesungguhnya yang paling berbahaya kepada negara ini adalah orang yang mengarah penahanan ustaz berkenaan.

Golongan inilah yang patut ditahan malah dihapuskan terus dari muka bumi ini. Mereka inilah musuh sebenar rakyat yang cintakan kebebasan dan musuh utama Islam. Mereka menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada pada mereka untuk menghalang penyebaran Islam di negara ini. Tiada perkataan yang boleh diucapkan untuk membayangkan bagaimana hinanya golongan ini.

Ketakutan mereka terhadap gerakan Islam disebabkan oleh ideologi sekular yang mewarnai minda dan pemerintahan mereka. Mereka takut sekiranya umat Islam dan bukan Islam di negara ini mendapat pendedahan sebenar Islam, sudah pasti ideologi banggaan mereka itu akan ditolak.

Oleh itu mana-mana ulama yang berpegang teguh dengan konsep dakwah, menyampaikan kebenaran dan tidak menyembunyikan kebatilan akan mereka cantas. Ulama yang menyebelahi mereka, yang menagih kekayaan dunia dari tangan-tangan kotor penentang Islam akan mereka bela. Ulama-ulama ini tidak ubah seperti kucing kurap yang menguis kaki pengunjung restoran mengharapkan ihsan agar dilemparkan cebisan sisa makanan untuk meneruskan hidup. Ulama ini adalah terlalu jijik dan kotor untuk mengaku diri mereka ulama. Mereka adalah abdi pemerintah dan hidup mereka hanyalah untuk membuncitkan perut semata-mata, bukannya melaksanakan tuntutan Allah.

Ilmu yang mereka perolehi hanyalah sebagai tiket untuk meraih kesenangan dan kemewahan hidup. Ilmu dan rezeki yang tidak diberkati inilah digunakan untuk menyuap anak bini mereka lantas melahirkan lagi anak-anak kucing kurap yang semakin banyak bertebaran di restoran-restoran mengharapkan cebisan sisa makanan pengunjung untuk dilemparkan. Lihatlah warisan generasi ulama UMNO yang ada sekarang ini... sama seperti bapa mereka...

Malam 2 Ogos lepas TV¾ menyiarkan sebahagian golongan ulama yang dimaksudkan ini. Berlumba-lumba mereka menyapu semburan liur Shahidan Kassim menentang hujah Ustaz Hashim Jasin berkenaan perlaksanaan Islam di negara ini. Hujah sebodoh itukah yang dikeluarkan oleh seorang ulama untuk mengatakan negara ini adalah negara Islam? Apakah kriteria negara Islam pada pandangan jahil ulama UMNO tersebut? Apakah dengan kebebasan umat Islam di negara ini beramal dengan agama mereka sudah cukup mengatakan negara ini sebagai negara Islam? Itukah sahaja hujah yang boleh dikeluarkan dari otak sekular ulama tersebut?

Jika berdasarkan satu hujah berkenaan, maka kami di sini ingin menggunakan hujah yang sama untuk mengatakan bahawa negara ini adalah negara bukan Islam. Ini kerana orang bukan Islam juga bebas mengamalkan agama mereka di negara ini. Maka perjuangan PAS untuk membentuk kerajaan berasaskan Islam adalah relevan kerana Islam belum lagi tertegak di negara ini. Amat wajar bagi penganut Islam di negara ini menyokong perjuangan PAS tersebut untuk meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan.

Bagi penganut bukan Islam pula, mereka juga harus menyokong pemerintahan berasaskan Islam kerana agama berkenaan tidak pernah menganiayai orang bukan Islam. Yang sedang menganiayai mereka sekarang ialah pemerintah yang tidak pernah mengamalkan Islam dalam pemerintahan biarpun mereka mengaku beragama Islam. Mereka adalah nasionalis sekular dan kapitalis yang pasti menindas sesiapa sahaja hatta dari kalangan kaum dan agama mereka untuk kepentingan diri mereka sendiri. Persekongkolan dengan golongan ini meletakkan diri anda sekelian pada kedudukan yang genting setiap masa. Golongan ini sentiasa mengubah citarasa mereka berdasarkan naluri mereka yang keji itu, mereka tidak berpedoman dan berprinsip untuk dijadikan rakan kongsi.

Sebaliknya pemerintah yang melaksanakan Islam sentiasa meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman. Mereka tidak memerintah berdasarkan naluri kemanusiaan yang berubah-ubah seperti golongan nasionalis sekular tersebut. Sesungguhnya Islam adalah agama yang adil bagi umat manusia, bukan hanya untuk penganutnya.

Sekian, teruskan perjuangan!!!
ALLAHHUAKBAR!!

040800

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com