Aduh...setelah membaca "Justice on the Run" di
http://freeanwar.com sungguh terasa sekali kehebatan Anwar sebagai seorang peguam. Tidak pernah
rasanya dalam sejarah di mana seorang pesalah membuat seorang hakim tidak
senang duduk di kerusi. Satu persatu hujah di lesing oleh Anwar yang makin
lama tidak dapat lagi di elak oleh hakim yang penuh pekung. Terasa oleh
kita hakim menyesal membenarkan Anwar mewakili dirinya sendiri. Kebenaran
ini juga telah menjadikan dirinya sendiri dibicarakan oleh Anwar di dalam
mahkamahnya sendiri! Selama ini segala tuduhan Eusoff Chin tidak pernah
sampai ke mahkamah. Inilah pertama kali segala tuduhan.. bukan satu dua
pulak tu....di lontarkan ke muka hakim sehingga akhirnya hakim sendiri
yang naik berang dan tidak berupaya lagi menangkis "tembakan" yang
bertubi-tubi dari Anwar, peguam yang bijaksana. Inilah pertama kali dalam
sejarah hakim dibicarakan oleh tertuduh! Hebat Anwar ...Kau lah wira ku!
Tidak seperti Singa yang telah menjadi cencorot bila diajak ke mahkamah.
Cuba bayangkan betapa Malaysia akan di pandang oleh mata dunia di pimpin
oleh wira seperti ini!
HIDUP ANWAR! SEMUGA ALLAH BERSAMA MU!!!
DAMAK