AWASI rancangan jahat SB dan
Mahathir
Oleh: Aktivis KeADILan Gombak (AKG)
Wahai reformis-reformis,
marilah kita
sama-sama berkumpul dengan AMAN di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Marilah kita mendengar
dan melihat sendiri bagaimana Mahathir yang Mahazalim menjatuhkan hukuman terhadap
pemimpin reformasi yang tidak berdosa, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Wahai rakyat Malaysia,
ini hari terakhir dan
kali terakhir kita ingin melihat wajah Anwar, isterinya (Presiden KeADILan, Datin Seri
Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan anak-anaknya. Bayangkanlah bagaimana anak-anak yang tidak
berdosa mengetahui ayah mereka dihukum oleh seorang pemimpin negara yang tamak
kuasa.
Wahai rakyat, sedarlah bagaimana perasaan anda
jika anak-anak mengetahui anda akan dipenjara sedangkan anda tidak melakukan apa-apa
kesalahan?
Wahai ahli-ahli dan penyokong Barisan Alternatif,
marilah kita insaf SB sentiasa nak merosakkan perhimpunan aman kita pada Jumaat
(bersamaan 4hb Ogos, 2000) supaya kita semua dituduh ganas, zalim dan jahat. Tetapi,
siapakah sebenarnya pemimpin negara yang zalim? Kenapa pemimpin ini tidak dibawa ke
mahkamah, kenapa dia tidak didakwa, kenapa tidak dihukum? Sebabnya semua hakim, semua SB
(polis Cawangan Khas) menjadi hamba Mahathir.
Jaga-jagalah siapa di sebelah anda. Jangan ikut
orang yang mencurigakan. Inilah nasihat saya, jumpa di mahkamah Jumaat ini....
AKG