MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

UMNO DAN POLIS RANCANG RUSUHAN

SEGERA, SEBARKAN !!

Umno dan Polis Cuba Merancang Rusuhan 4 Ogos 

Seorang kawan saya (ahli UMNO Titiwangsa dan bekerja di kementerian belia) mendapat maklumat beberapa orang pemimpin UMNO mengupah kaki pukul atau senang sebut, gengster, untuk merusuh pada Jumaat ini sempena perbicaraan DSAI (Dato' Sri Anwar Ibrahim). Kata kawan saya, orang-orang UMNO ini dibantu oleh sekumpulan unit khas SB (Special Branch) untuk buat kacau dengan cara:

  • membakar sampah, tong sampah, tayar, kereta dan termasuklah bendera negara Malaysia supaya menunjukkan reformis dan KEADILAN itu suka keganasan dan ejen asing 
  • Membuat kacau di Petaling Street dan kedai-kedai Cina dekat mahkamah untuk menakut-nakutkan orang Cina & bukan Melayu
  • Mereka akan memakai pakaian macam reformis, T-shirt parti BA & DSAI. Kemudian bawak name-tag "keadilan untuk Anwar" supaya jadi macam tahun lepas.
  • Bawak senjata (macam pisau atau lain-lain) supaya ditangkap polis. Kemudian, siar dalam TV, radio dan surat akhbar reformis itu jahat dan kejam. Kemudian, video polis dan TV3 akan ambil gambar nak tunjukkan penyokong DSAI dan reformis ini jahat, mengganas, tidak ikut undang-undang dan kemudiannya mereka akan ditangkap kerana merusuh. Pemberita Utusan Meloya (UM), NST, Star dan surat khabar-surat khabar Cina akan ambil gambar ini banyak-banyak untuk takutkan orang ramai. 

Kata ahli UMNO itu (kawan saya), SB & gengster UMNO akan bertindak selepas pukul 9 pagi hingga petang (sesudah orang sembahyang Jumaat). 

AWAS reformis semua. Hadir dengan aman & JANGAN LAYAN niat jahat beberapa ekor SB & gengster UMNO Kawan saya itu kata (sebab dia selalu pergi demo 1998), cara nak cam SB mudah saja: suka buat kecoh tak tentu pasal, suka sampuk pemimpin reformis bercakap, pakai seluar jeans/slack, baju T dan rambut pendek, "badan sedap" (tegak macam polis). 

Mahathir dan polis kata perhimpunan 4 Ogos ini tidak boleh sebab ada rusuhan. Rusuhan siapa?... mestilah POLIS DAN UMNO yg buat....... 

(utk sahabat2 reformasi, webmaster... tolonglah siar perkara dgn SEGERA & buat ingatan. Dah tak ada masa - Mat KL).

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com