MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

CARA TANGANI MASALAH RAKYAT OLEH  POLIS MALAYSIA BOLEH

Oleh : Mohd Suffian Salleh

Sebelum berlakunya perhimpunan aman pada 4 Ogos bagi mendengar keputusan insan yang berada di Sungai Buloh, pihak polis Malaysia Boleh telah mula mengugut rakyat. Propaganda disebarkan bahawa untuk cuma mendengar keputusan perbicaraan ini adalah dilarang sama sekali. Sekiranya rakyat berhimpun lebih dari 5 orang, maka ianya boleh ditahan tanpa sebarang alasan. Akta yang memang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris suatu ketika dahulu bagi menangani darurat 1948, masih menjadi amalan walaupun negara telah memasuki millennium  yang serba boleh ini. Dalam masa yang sama kehadiran rakyat dari negara jiran melimpah ruah ke negara ini untuk mengaut keuntungan melalui perniagaan yang pelbagai. Mereka malahan bebas pula menggunakan berbagai kemudahan yang ada  dan ada kalanya mula menunjukkan sikap ranggi kepada penduduk tempatan. Malangnya rakyat dalam negara sendiri dikongkong semahu mungkin.

Dalam beberapa siri tangkapan yang telah dilakukan oleh pasukan keselamatan ini sebelum ini, ianya bukanlah  merupakan sebagai satu bentuk perlindungan yang meyakinkan rakyat. Telah beberapa banyak aktivis politik ditahan selepas melaporkan kesalahan pemimpin negara. Malangnya kesalahan yang dilaporkan itu tidak pula dipedulikan. Inilah pasukan yang sentiasa sahaja menggunakan kuasa yang diamanahkan bagi menahan rakyat yang tidak bersalah dan bukannya sebagai pasukan keselamatan yang melindungi rakyat. Ketika menonton demonstrasi yang dilakukan oleh para pelajar di Korea, kita dipaparkan dengan keprihatin pasukan keselamatannya dengan menggunakan penghadang untuk mendinding diri, walaupun diterajang seperti anjing di tepi jalan oleh para demonstrator. Tapi amat malang di negara Bolehland ini., bukan sahaja rakyat yang ditentang dan disepak terajang, pemimpin nombor dua negara sendiri di pukul sehingga lebam matanya.

Selain dari beberapa kes rasuah kakitangannya, dan berbagai kesalahan yang diketahui umum di kem–kem tahanan, pasukan polis ini tidak pernah mengambil iktibar dari sejarah yang berlaku. Mereka tidak pernah celik dan sedar, betapa bencinya rakyat ke atas pasukan ini, sehinggakan rakyat sanggup menjuihkan bibir apabila bertemu anggota pasukan polis yang sentiasa mencari kesalahan rakyat, bukannya melindungi rakyat jelata.

Tugas terbaru pasukan  polis ini ialah memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin yang menggalakkan keganasan ke atas rakyatnya. Ini menunjukkan bahawa betapa tidak profesionalnya pasukan keselamatan dalam sebuah negara Bolehland dalam menjaga ketenteraman awam. Begitu mudah pula rakyat diugut dan dikejutkan hanya dengan cara ditahan, tanpa budi bicara yang jelas.

Menimbulkan kesedaran yang dihasratkan bagi melakukan reformasi yang dilaungkan oleh insan yang berada di Sungai Buloh ini sebanrnya memerlukan masa. Masakan tidak, dengan melimpah ruahnya makanan dan hanya memikirkan apa yang akan dimakan esoknya, rakyat negara Bolehland tidak memperdulikan apa yang sedang dilakukan  oleh pemimpin mereka. Sama seperti pemimpinnya juga, selain dari memikirkan apa perniagaan yang akan diceburinya apabila menyandang jawatan YB , ianya tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya dimiliki rakyatnya. YB ini kebanyakkannya pula hilang punca kepada bosnya.

Jelaslah betapa dalam negara Bolehland ini penahanan terhadap rakyatnya tidaklah memberikan apa–apa  kesan langsung  terhadap masyarakat marhaennya yang lain. Apa yang difahami majoriti rakyatnya ialah setiap tahanan yang diangkut polis, ialah orang yang bersalah, dan dengan mudah pula melabelkannya  sebagai penjenayah. Ini satu propaganda yang telah ditanam dalam minda masyarakat oleh pemimpin Bolehland. Propaganda itu mewar-warkan kenyataan bahawa pihak polis adalah lebih baik dan betul justeru itulah pemimpin pembangkang ditahan. Sementara pemimpin pemerintah pula sentiasa diperlihatkan bersih, hatta PMnya sendiri dianggap wali bagi penyokong parti ajaran sesat tersebut. Entah ajaran sesat apa yang diamalkan PMnya sehinggakan pihak polis sendiri tidak berani bertindak ke atasnya, melainkan bersikap terlopong dan menjilat bontot. Inilah undang-undang yang ada dalam Malaysia Boleh. 

Selagi rakyatnya kekenyangan, usah harap reformasi akan bermula. Jika tidak ditangani ucapkan selamat tinggal kepada pemimpin  agung REFORMASI.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com