Wasalam
Pembaca MR
Jawapan webmaster:
Waalaikumsallam...
Saya tidak begitu arif untuk menasihatkan
saudara supaya menggunakan perisian firewall. Penulisan 'Editor Notes' yang saudara
baca itu ditulis oleh pihak editor Laman HackerzParadize. Pada pandangan saya jika
anda seorang yang baru dalam arena siber, jangan terlalu terpengaruh dengan sebarang
provokasi yang menakutkan untuk melayari sebarang laman pro reformasi.
Dunia siber adalah dunia globalisasi. Suatu
waktu dulu dunia maya ini seringkali dikaitkan dengan medan paparan gambar porno celebriti
negara barat. Ketika itu kita tidak pun
mendengar provokasi supaya jangan melayari internet haram kerana akan dikesan dan
diambil tindakan.
Justeru itu ambil pendekatan yang mudah dan
ringkas. Jika anda boleh melayari medan porno yang terbuka bebas tanpa diambil
tindakan, apakah salahnya jika anda melayari laman pro reformasi dengan cara dan
prinsip yang sama. Tambahan lagi majoriti laman itu dibina atas tapak web percuma
yang disediakan oleh pelbagai penaja yang berpusat di negara barat. Justeru itu
untuk pihak tm.net dan jaring atau mana-mana pihak berkuasa mengesan perjalanan layaran anda
ianya tidaklah mudah melainkan mereka menggunakan perisian dan peralatan yang
canggih dengan harga jutaan RM. Bilangan pengguna semakin hari semakin
bertambah.
Ringkasnya adalah selamat bagi anda melayari
apa-apa laman kecuali anda berinteraksi dengan para webmaster melalui email tm.net.
Selagi anda tidak berinteraksi dengan para webmaster menggunakan email itu, tiada
siapa yang akan mengganggu pelayaran web saudara.
Sekiranya anda ingin berinteraksi dengan
webmaster, berdaftarlah dengan sebarang email proxy seperti di Hotmail.com,
Malicity.com, Yahoo.com, Lycos.com dan beratus malah ribuan email proxy percuma.
Sebaik-baiknya daftar sekurang-kurangnya 5 email dengan berlainan proxy. Dengan cara
ini anda boleh berinteraksi dengan selamat.
Selamat mencuba!!