BETAPA ANIHNYA!
Kenyataan pelbagai pihak yang disiarkan melalui akhbar perdana (Utusan Meloya) semalam
yang meminta Tuan Guru bertaubat mengenai 'Amanat' yang disampaikannya kepada umat Islam
di negara ini, khasnya ahli-ahli PAS.
Serangan terhadap Tuan Guru Haji Hadi telah dimulakan oleh Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi beberapa hari lalu.
Ianya disusuli seperti biasa oleh pemimpin yang lain seperti Datuk Zainal Abidin Zin di
Ipoh dan Datuk Seri Shahidan Kassim serta lain-lain pemimpin BN.
Rasionalnya apakah kesalahannya di sisi agama Islam tentang aqidah seorang tuan guru
menyampaikan amanat atau wasiat serta pesanan kepada anak murid berbanding dengan
pengakuan seorang artis yang sanggup melayan lima (5) lelaki dalam satu masa? Siapakah
yang seharusnya bertaubat nasuha dalam isu yang sedang diperkatakan ini?
Nampaknya pemimpin BN hanya tahu menyerang pemimpin pembangkang. Mereka rela melihat
kemaksiatan yang bermaharajakutty di sana-sini tanpa adanya amalan konsep 'amar maaruf,
nahi mungkar' seiring sebagaimana menegakkan syariat Islam dalam erti kata
sebenarnya.
Sungguh anihnya pemimpin-pemimpin negaraku, Malaysia Boleh!!
Mr. Canggih