MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SATU PESANAN

Assalamu'alaikum Wr. Wb & Salam Sejahtera.

Sdr/Sdri Webmaster,

Pada 4 Ogos 2000 bersamaan 4 Jamadilakhir 1421 adalah hari Jumaat dan merupakan tarikh keramat dalam
sejarah negara yang semua kita telah sedia maklum. Kalau ikut kepercayaan bangsa Cina, angka no. 4 membawa maksud "mati". Wallahua'lam.  Kalau ya,  siapa pulak yang malang nanti.

Kebiasaannya di mana-mana masjid, malam Jumaat diadakan bacaan Yaasin dan di setengah masjid mendirikan solat hajat secara berterusan untuk memohon hajat kecemerlangan anak-anak dalam menempuh peperiksaan
atau lain-lain hajat peribadi.

Jadi, rasanya tak salah kalau pada malam 4 Ogos 2000 nanti para jemaah di semua masjid di Malaysia (kecuali
Masjid Putrajaya) meniatkan sekali hajat semasa bacaan Yaasin dan solat hajat untuk memohon, supaya Allah
menyelamatkan DSAI dari fitnah liwat jika beliau memang tidak bersalah dalam pengetahuan Allah SWT dan
seterusnya memohon agar yang memfitnah dan yang bersubahat dengannya menerima PEMBALASAN
SEADIL-ADILNYA di muka bumi ini. Begitu juga sebaliknya.

Semua manusia di dunia termasuk binatang dan serangga telah mengetahui, bahawa DSAI akan didapati BERSALAH dan dijatuhkan hukuman.  Hanya kepada Allah sebagai pemilik mutlak nyawa manusia (termasuk nyawa Mahathir & Ariffin Jaka) kita berserah setelah usaha yang termampu dilakukan.

Perlu diingat, bahawa hajat tersebut adalah hajat peribadi  bagi mereka-mereka yang tidak berpeluang
menyertai program khusus.  Semoga semua rakyat yang perihatin dapat mengambil bahagian.


Sekian, wassallam.

Widuri!

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com